Sunday, December 1, 2013

Mommycha 1st Giveaway

Alkisah.

mommy&baby moments.
G.I.V.E.A.W.A.Y
Aq nak cube nasib join GA MOMMYCHA.
Mudah mudahan ade luck woo..


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu. DONE
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. DONE
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing. DONE
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini. DONE
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. DONE
  • SATU gambar sahaja, okeh? DONE
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha! MMG ANAK SDR POM, hehe
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini. DONE
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)







Gambar ape ye yang nak dipertaruhkan..? Malu ahhh... Aq tak banyak gambar dengan Haraz, dalam fon ne gambar Haraz dengan Abah dia banyak ler. 

Namun setelah dikorek segala mak nenek koleksi, maka persembahkan..

Haraz wif Ibu masa perasmian NBOS 7

Ne gambar Haraz dengan Ibu masa perasmian NBOS 7: My beautiful neighbourhood. Ibu kene work on tats weekend. Maka Haraz pun ku hangkut sekali. Weekend kan masa untuk bersama anak..

puh.. puh.. puh.. mudah mudahan Mommycha MELTING tengok gambar ne dan pilih kami jadi pemenang. huhu..

Monday, November 25, 2013

Bila Haraz ke kebun.

Alkisah.

Minggu lepas aq balik ada mesyuarat kt Port Dickson.

Pastu sambung cuti balik kampung Perak. Nak bawak laki aq pergi urut badan sebab lepas dia accident hari tu aq belum sempat pegi bawak lagi.

Eh.. tak cerita lagi kan kisah laki aq accident. Hah nanti cerita post len la pulop ye.

So berbalik pada kisah bawak anak bujang aq ke kebun durian.

Kebun durian ne mak mentua aq punya. Kat seberang perak nun. Gigih kami keluar rumah pepagi buta. Mak dengan abah siap amek cuti lagi sebab nak pegi kebun amek durian bagi kat menantu kuasa dua dia makan. Huhu..

Masa aq balik epoh tu, pakat dengan kak long biras aq balik sama. Maka sebab tu aq sebut menantu kuasa dua. Dua orang kan.

Sampai kat kebun aq diARAHkan oleh laki aq dok setempat. Dia dengan mak abah pegi kutip doyan (durian).

Kome tahu haraz..? Macam mana abah dia letak kat tanah. Macam tu jugak lah dia statik tak bergerak pegi mana mana.

Kedudukan bumi di kebun kan tak rata. Maka haraz ne jenis yang berhati hati. Memang tak lah kamu nak tengok dia berjalan.

Tapi elok 15 minit kemudian dia duduk cangkung dan memulakan projek.

Adoyai, tetengah kebun la pulop dia nak bikin baja.

Nasib ade umah sepupu abah nak buat tumpang basuh ape yang patut.

Tapi hasil tangkapan hari tu kurang memberangsangkan. Durian tak berapa nak menjadi. Lesyor isinye kate orang perak.

Maka esoknye mak dengan abah pegi memburu durian di FAMA kuala kangsar.

Semuanya untuk anak menantu dorang. Aq tak ikot, dok umah sambil kejor haraz keliling laman.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, November 24, 2013

Kisah Ber-Bento-ing untuk Harraz

Alkisah.

Sebenarnye dah lama sangat teringin nak buat bento untuk Haraz.

Sekali terbaca pulak blog sis Wawa Yusoff dengan sis Ekin Jamal yang gigih buat bento untuk anak dorang.

Maka aq pun tambah semangat lah nak buat. Lama jugak study blog dorang.

Tapi wat masa sekarang neh Bento Tool aq tak berapa nak lengkap lagi.

Namun aq tetap gagahkan diri buat bento untuk Haraz.

Baru je pun start, jadi tak berapa nak banyak lagi lah. Layan je lah gambarnye ye.

Bento Tool yang sempat digrab

Abaikan si Haraz yang excited tgk bende baru beli
#1 sup ikan-pau kaya-anggur
#2 sup ikan-chezzy bun-anggur
#3 sup sayur-ayam goreng rempah-pau kaya
#4 sup steambot-ayam goreng-pisang-kurma
Aq tak guna lunchbox yang comei sebab semua lunchbox aq Tupperware Brands. Kata tokei Tupperware, mestilah bagi anak pakai tupperware jugak. huhu..

Fakta yang wajib anda tahu tentang WSR


Alkisah.

Warga Labuan sekiranya berminat boleh sms/whatsapp saya yep.

Free consultancy, jangan risau.

Perkara baik tak salah dikongai bersama.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, November 20, 2013

Sotong masak kicap

Alkisah.

Nak tahu tak..?

Kalo aq masak sotong masak kicap, mesti bubuh daun limau purut sehelai dua.

Aq dapat resipi ne dari laki aq.

Sedap pulak, hilang rasa hanyir. Malah masak kicap tu rasa bertAa ambah tambah

 

AShA O?Wieda

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, November 6, 2013

WSR..? Apa tuuu...

Alkisah.


APAKAH WSR?

Singkatan untuk Women Secret Recipe

Sejenis herba mentah diperbuat 100% dari daun pokok perawan, tanpa pengawet atau bahan kimia.

WSR adalah makanan tambahan semulajadi yang dapat memantapkan kesihatan luaran & dalaman wanita.

Nutrisi untuk kesihatan, kecantikan & kebahagiaan suami isteri.

Manfaat Pengambilan WSR

Merasai diri CUKUP ISTIMEWA & DIHARGAI Mengawal TEKANAN, rasa lebih relax & tenang
Wajah akan berseri2
Kemutan vargina & otot sekitar prineum yang hebat
Menghilangkan masalah keputihan yang kronik
Vagina lebih sensitif dan peka rangsangan, Mudah mengeluarkan cairan ketika hubungan intim
Amat istimewa untuk wanita pra-menopos atau sudah menopos
Meningkatkan kepuasan seksual yang luar biasa
Pasangan merasai perubahan FANTASTIK saat bersama
Faraj berbau harum, bersih & selesa
Haid tidak berbau hanyir
Manfaat 3 dalam 1 untuk ibu-ibu menyusu, meningkatkan penghasilan susu badan,membaik pulih kesihatan ibu selepas bersalin, kulit bayi mulus & hubungan intim yang HEBAT, in shaa Allah

Sunday, October 13, 2013

Hepy Besday for me.

Alkisah.

Tanggal 03 Oktober yang lepas is besday aq yang ke 17 tahun (lahhh sangaattt)..

Aq dah cakap kat laki aq, tak perlu hadiah yang memahal..

Cukup bagi aq rest secukupnye for whole weekend supaya aq boleh bermanja dengan haraz dan abah dia.. Ehem ehem ehem....

Dan alhamdulillah.. laki aq pekenan kan permintaan isteri dia neh malah dia bagi special treat lagi kat aq.

Apa dia yang special sangat laki aq buat...?

Tungguuuuuu....

Nanti aq stori mori nah.. wink wink winkk..

Owh ye, aq sempat grab Universal SeriesTM Knife as my besday present. Reward myself.. Lagipun aq keje dan ade duit. Apedehal beli hadiah sendiri..?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, September 30, 2013

Habis gas

Alkisah.

Semalam tengah syiok memasak tetibe kehabisan gas daa...

Nasib lah masa kawen dulu adik aq bagi hadiah periuk elektrik yang macam kat kedai steambot. Berguna jugak lah time kecemasan macam ne.

Sup yang aq masak tu tinggal tunggu nak mendidih je lagi selamat diterjunkan ke dalam periuk elektrik dan selamat menjadi juadah tengahari aq semalam.

Petang tu tunggu laki aq balik duty dari kapal maka pegi lah kami laki bini membeli gas sambil bawak haraz yang bosan dok rumah jenjalan.

Jenuh pusing satu labuan cari gas masak, semua kedai cakap HABIS. Ade pulak satu kedai neh cakap suruh aq datang beli esok sebab lori gas jalan (hantar gas ke labuan) hari isnin.

Dah ko suruh aq beli esok, maka malam ne aq tak payah masak ke..?

Aduyai.. ne yang payah kalo dok pulau neh. Pembekal aka penjual is the BOS. Pembeli kene dengar cakap atau dalam erti kata lain lagi ialah ko pasrah je lah. Kalo ko tak suke cari alternatif lain. Tu belum kira harga barang yang melambung lambung naik kalah si mael lambung.

Sabar je lah, dah aq yang pilih nak ikot laki aq dok kat sini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, September 29, 2013

Hobi baru..

Alkisah.

Tak tahu dah aq nak kate ape dengan anak bujang aq yang sorang neh.

Sekarang dia dah dapat perangai baru.

Pegi baring kat lantai dapur.

Dia jalan kedek kedek bawak mainan atau tupperware aq. Pastu dok cantik landing kat lantai dapur sambil kaki tangan gesek gesek kat simen.

Aq hangin je memula tuh tapi bile dah banyak kali dia wat camtu aq malas dah nak tegah. Sama ada aq angkat dia bawak pegi bilik atau amek gambar dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 28, 2013

Dapat Hadiah Basikal


Alkisah.

Baru berkesempatan menunaikan janji nak bagi hadiah besday pada haraz.

Masa besday dia bulan Julai hari tuh aq bizi (laahhh sangaaattt). Almaklumlah, nak balik kampung cuti raya (tiga minggu pulak tuh).

Maka tadi ajak lah laki aq pegi kedai cari basikal. Dapat lah beli within bajet.

Gambo yang aq amek tu adalah setengah jam yang pertama dia tengok basikal.

Sekarang neh.. pandang pun tidak basikal tuh.

Aduyai la anak. Kopak gaji ibu beli tapi awak wat macam tu pulak. Ibu jual kat besi buruk nanti. Huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, September 25, 2013

Universal SeriesTM Knife

Alkisah.

Universal SeriesTM Knife.
1/U-series Paring Knife
2/U-series Utility Knife
3/U-series Filleting Knife
4/U-series Chef Knife
Gift Box

Retail Price RM420.00
NOW RM307.50
Save up to 25%

Limited release.. Only at Borneo Tupperware BCO..

Tak jual kat BCO Semenanjung Malaysia.

Nak harga murah lagi..?
Emel/pm/sms/wassap laju laju kat 012.550.8840 atau mieynz[at]gmail.com.

Valid until 30 September 2013.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 24, 2013

Subsidi gula nak dikurangkan..?

Alkisah.

Pagi semalam kan Monday Blues. Makanya aq pun layan blues sampai lupe nak post entri neh.

Besenye kalo pepagi isnin kalo laki aq hantor pegi keje! Memang memasing membisu dalam keta. Layan blues kate kau.

Tentibe dengar berita kat radio Labuan FM yang subsidi gula akan dikurangkan. Ini adalah bertujuan supaya rakyat malaysia tidak mengambil gula berlebihan justeru menyekat dari pertambahan bilangan pesakit diabetis.

Dah ape ke hal nye pulak gula dengan penyakit diabetis neh..

Sementara aq dok berpikir tu, laki aq sound setepek je. Tapi dek kerana aq je yang ade dalam keta maka terasa lah jugak.

Laki aq cakap takde kaitannye subsidi gula tuh dengan diabetis. Itu semua sikap aka attitude!! Mahal macam mana pun gula tetap orang akan beli. Diabetis tu berpunca dari sikap individu terhadap pemakanan dan penjagaan kesihatan diri sendiri. Orang kelantan pun suka makanan manis tapi depa jarang kene penyakit.

Yep.. betoi gak cakap laki aq. Pasni kalo gula mahal, mesti barang makanan lain pun naik harga dan jadi mahal. Nak tak nak orang tetap akan beli dan beli bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Aduyai.. aq kene jadi akauntan yang lebih berhemah lagi pasni sebab barang runcit kompom menjadi bertambah "munasabah" harga dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tolong jangan lalai hoi...

Alkisah.

Kejadian petang semalam..
(errr petang ke..? Sebab kami kt labuan ne dah maghrib time tuh. Huhu...)

Macam biasa aq siapkan makan malam kat dapur.

Haraz dengan abah dia dok maen dalam bilik.

Tentibe matran datang nak amek barang. Jadi laki aq kuar pegi sembang dengan dia kat depan rumah.

Haraz dok follow abah dia sampai depan tibi. Dok golek golek kat sofa sambil tengok kartun dia.

Aq dok intai dia dari dapur. Relaks je lah sebab dia dok syok je layan tibi. Aq pun leka sambung masak.

Seminit kemudian aq tengok mulat dia macam mengunyah bende.

Aq tanya dia buat tak tahu je. Ape lagi sepantas kilat pegi korek mulut haraz.

Sekali bawak kuar "bende" yang dia dok kunyah tuh. Macam nak tercabut jantung aq tengok.

Duit syiling doploh sen!!!!!

Ahoi.... mana kamu dapat neh anak oi..

Kat tangan dia pulak ade duit syiling lima puluh sen bersedia untuk dikunyah jugak.

Huh.. jam tuh jugak rasa macam nak pengsan. Terbayang lah macam macam yang tak boleh nak disebutkan di sini.

Peringatan untuk diri sendiri. Jangan lah lalai tengok anak. Sebab sedetik je boleh bawak kepada kejadian yang tidak diingini.

Tapi satu je aq nak pesan. Kalo nak marah atau nasihat anak. Tolong lah jangan kuarkan perkataan yang tak elok atau negatif. Sebab kata kata ibu bapa adalah doa.

Macam semalam aq cume bagitau kat haraz yang duit syiling tuh bukan makanan. Lebih kurang macam neh la ayat dia :

Ibu : Haraz, ini bukan makanan tau. Haraz tak boleh main atau kunyah duit neh lagi. Bahaya sangat sangat. Duit ini gunanye untuk kite beli barang. Nanti ibu simpan dalam tabung haraz ye. Kalo dah banyak nanti kite pegi beli emas kat abah yep. Huhu..

Walaupun dia terkebil kebil tengok aq tapi aq tao dia paham. Aq tak nak cakap lebih lebih sebab apa tak boleh kunyah ke hapa ke sebab aq tak nak kata kata tu jadi doa kat dia pulak.

Ehem.. ehem.. nak iklan sikit.

Laki aq adalah pengedar sah bagi GCP gold jewellery. Kalo ade sape nak beli emas murah murah boleh contact beliau Az Sudin ID GCP: AD4443 017.574.9334.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 21, 2013

Mood ke laut.

Alkisah.

Patutnye planning untuk weekend ne adalah mengemas, mengemas dan mengemas.

Kene kemas rumah selepas ditinggalkan macam tongkang pecah masa pegi bawak famili cuti cuti malaysia kt kundasang last week.

Tapi haraz kene selsema dan batuk pulak.

Merengek lah sikit sebab tak sedap badan.

Maka mood nk mengemas rumah pun ke laut lah.

Nak memerap pun dia tak selesa sebab aq makan ubat selsema dengan batuk. Mungkin susu badan rasa lain.

Terpaksa lah bancuh susu formula kat dia. Dapat sebotol terus lena.

Sian anak ibu. Ngantok sangat dah rupanye.

Bile haraz dah tido, tak de rasa nak start mengemas lah pulak.

Rasa nak dok tepi dia, tengok dia tido je.

Duhai mood yang malas.. pegi lah jejauh..

Aq nak kemas rumah neh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, September 20, 2013

Air takde lagi..

Alkisah.

Aq bangun jam 2 pagi tadi nak minum air.

Sekali buka paip sinki. Aduyai aliran airnye slow sesangat.

Kompom esok pagi takdak air neh.

Nasib kat toilet ade air tangki. Kalo tak jadi sejarah pulak ade yang pergi opis tak mandi.

Tapi yang peliknye air tangki umah yongnana cepat pulak abis airnye. Mesti ade something wrong dengan tangki rumah dia.

Harap balik keje kang ade lah air dah. Jangan jadi macam hari tuh. Dekat seminggu labuan tak dak air.

Nasib masa tuh aq kursus tiga minggu kat key el.

Kalo berterusan jugak takdak air. Nampaknye laki aq kene angkut air dari laut lah. Macam yang sebelum neh.

Nak harap lori air tuh..? Duyai... Yang datangnye lori kecik nak supply untuk satu taman mutiara..? Haruslah tak cukup.

Ape daa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berebut makan dengan haraz.

Alkisah.

Ade satu hari tu, kakak kat opis datang bawak kek batik. Aq tak sempat makan maka tapau lah bawak balik.

Sampai kt umah lepas amek haraz kat umah pengasuh, duduk lepak depan tibi sambil buka bekal kek batik tadi.

Haraz memang pantang dengar kite buka bekal makan. Dia mula datang dekat pastu mengendeng ngendeng.

Aq bagi secubit, cecepat dia telan kek tu pastu nganga lagi. Dekat doploh ketul kek batik tu dia makan seorang.

Yang ketul kek yang last tu aq makan lah sebab nk merasa. Teringin sangat. Kome tau dia buat ape..?

Dia korek kek batik tu dari dalam mulut aku. Punye lah perangai. Duyai anak.. ikot perangai sape lah neh yep.

Tu mulut comot comot tuh dok makan eskrem magnum. Abah dia punye dekat sebatang dia mengendeng. Pastu datang dekat aq pulop. Nok hok aq punye la tuh. Bile aq tak bagi meraung macam hape.

Maap lah ye anak. Banyak dah kamu makan eskrem. Cecukup lah dulu. Bulan depan lah kalo nak lagi pun. Huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 9, 2013

ID 652113

Alkisah.

Hi! I'm your Tupperware Brand Consultant.

Adein Kushairi.
ID 652112.
0125508840.

Sms/wassap/emel mieynz[at]gmail.com untuk keterangan lanjut.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, July 24, 2013

Harraz iz ONE..

Alkisah.

24 Julai, ulang tahun kelahiran Muqri Harraz bin Muhammad Hazrinnuddin.

Dah setahun rupanya anak ibu neh. Segala sakit dan kenangan pahit sebelum semasa dan selepas mengandungkan serta melahirkan kamu ibu dah lupa dek kerana melihat wajah kamu dan keletah yang tak sudah sudah menghiburkan ibu dan abah.

Walaupun terkadang ada masanye ibu geram dan sedih bila mana kamu kurang "menurut perintah" tapi semua itu hilang tatkala kamu buat wajah comel mengambil hati.

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama buatmu harraz.

Semoga ALLAH sentiasa selamatkan dan lindungi kamu di dunia dan akhirat.

Jadilah anak yang soleh. Taat kepada Allah, Rasul dan ibu abah.

Ibu sayang kamu dunia akhirat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, June 29, 2013

Pandai bawa diri

Alkisah.

Aq kat airport kuching. Tengah tunggu flight nak balik kuala lumpur.

Tak sabar nk jumpe haraz.

Satu malam berendam air mata. Dok teringat nasib si anak kene tinggal dengan opah dia.

Nangis ke. Makan ke. Meragam ke.

Saban jam tepon mak tanyakan perihal si anak.

Pastu siap minta adik2 send gambo haraz melalui wassap.

Yang si anak pulak..

Sebok main.

Makan tak hengat dunia.

Tidor lena sampai.bangun lewat.

Langsung tak buat perangai.

Terkedu mak nye dengor.

Takpe lah anak. Kamu memang pandai bawa diri.

Tak menyusahkan orang.

Ibu sayang kamu.

Nanti kejap lagi ibu balik ye..

Ibu beli jajan untuk awak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 25, 2013

Berdebar debar

Alkisah.

Sangat berdebar nak tunggu hari jumaat neh, 28 jun 2013.

Aq kene pegi mesyuarat kewangan kat sarawak.

Bakal meninggalkan si bujang kecik dengan opah dia.

Bertahan lah ye anakku sayang..

Ibu work untuk satu malam sahaja.

Petang sabtu lepas mesyuarat ibu terus balik jumpe awak ye.

Please behave ye haraz sayang.

Be good duduk dengan opah ye. Jangan susahkan orang.

Anak ibu sangat baik kan..?

Ibu sayang haraz.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, June 19, 2013

Selamat Berkursus

Alkisah.

Aq dengan Haraz ade kat semenanjung la ne..

Kene hadir kursus..

Labuan-KLIA-Bidor-SabakBernam-Bidor-Ipoh-Putrajaya-Bidor-Sunway-Bidor-SabakBernam-Bidor-KLIA-Labuan.

3 minggu lagi tuh. Syiok woo..

Lupekan hal kerja sekejap.

Layan kursus dan tambahkan ilmu.

Supaya balik nanti boleh wat kerja dengan betul dan tak kene "goreng" dah.

Abah haraz tak ikot balik, dia kene berkhidmat mempertahankan tanah AIR.

Marilah enjoy sambil study.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 18, 2013

Tarikh Lahir Yang Sama

Alkisah.

Tadi pagi masa aq wat keje nk peraku, ade tersemak dokumen anggota. Tertarik menarik cantik ble tgk tarikh besday wifey dia dgn anak nye sama hari lor.. Pandai planning, oopsyy.. haha..

Besday laki aq pun sama bulan dengan mak dgn abah mertua.

Yang lagi besh besday mak abah selang sehari. Jadi kalo nk sambut, boleh potong kek sekali. hehe..

Mak lahir 19 Jun, Abah lahir 20 Jun. Laki aq 06 Jun. Amer adeq ipar aq pun lahir bulan Jun.

Kiranya kalo bulan Jun tuh boleh sambut besday secara berjemaah lah.

Tahun pertama bergelar menantu, aq de beli hadiah besday kt mertua aq.

Tahun kedua, aq tak sempat nk belu sebab masa tuh dh dok labuan dan tgh mabuk peknen haraz.

Tahun neh, insya Allah aq cube cari present dgn laki aq. Kalo tak dapat balik, kami pos jelah.

Pening cket nk cari coz mertua aq neh jenis tak kesah.

Kalo mak aq senang je, dia dh request nk ape. Makanye aq cume pegi beli brg yg dia nak.


Jadi sempena bulan Jun dan hari lahir mak abah. Kami nk ucapkan Selamat Hari Lahir buat mak dan abah. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. Dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan mudah-mudahan dapat cucu lagi.

Erk.. huhu..

Thursday, June 13, 2013

Nasi daging payau

Alkisah.

Hari neh aq pose. Hari yang ke seblas.

Ade tujuh belas hari lagi.

Gigih aq nak mengqadakan puasa neh.

Tapi yang buat aq kuat semangat nak pose neh.

Bile laki aq yang masakkan untuk berbuke.

Kelmarin masak ikan bakar air asam, pastu sup tulang.

Hari ne dia masak nasi daging payau pulak..


Hari tu aq ade beli daging payau sekilo dari member opis aq.

Siap google resipi kata kauu..

Masak dengan laptop kat tepi lagi.

Tapi tak sangka menjadi, sampaikan aq tak berhenti makan.

Haraz pun makan jugak. Banyak pulak tuh.

Tak sangka laki aq de skill masak terpendam.

Boleh lah masak selalu.. kan sayang..?

Psst.. ade sape tahu ape tu daging payau..?



posted from Bloggeroid

Wednesday, June 12, 2013

Hoii kate kauu...

Alkisah.

Haraz dengan abahnye main chak chak..

Tentibe haraz nampak ade cermin atas sofa.

Dia dok ralit tengok muke dia dalam cermin tuh.

Dok posing memacam gaya.

Siap cium cium muke dia sendiri.

Pastu abah dia dok sergah, huarrgghhhh!!!!!

Dia punye terkejut..

Sampai terangkat bahu..

Siap cakap hoooiiiiii.... kat abah dia..

Lawak giler..

Padan muke kene hooiii dengan anak sendiri.

Memang terkezut betoi dak haraz. Huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bile anak bujang rajin

Alkisah.

Anak bujang aq tuh memang bangun awal pagi.

Jam 4 pagi lagi dah bangun. Pastu tepuk tepuk mak pak nye suruh bangun.

Pastu bile aq bangun, memacam hal lah nak kene buat.

Masakkan bubur dia, kemas beg dan iron baju nak pegi keje.

Abahnye pula selalu pepagi akan pegi sidai kain dan mandi.

Anak bujang aq neh tak boleh tengok mak paknye pepagi buat keje.

Dia nak jugak tolong buat keje rumah.

Dia pun dok sapu sampah..

Abis satu rumah dia sapu sampah.

Tahu dia sapu sampah dengan ape..?




Dengan...



Baju dia...!!!

Abis dia tawaf satu rumah dok ikot kami ke hulu ke hilir.

Makanya secara automatik dia dok sapu sampah pakai baju dia.

Memacam gaya, merangkak lah.. meniarap lah.. meniti lah..

Pastu dok tenyeh vontot dia kt lantai.

Bersih umah aq, tak payah nak susah beli penyapu dah.

Sampaikan ke bilik stor pun dia masuk.

Adoyai la anak..

Tuesday, June 11, 2013

Nak Punch Card Pun Terlupa.

Alkisah.

Sejak minggu lepas lagi aq asyik terlupa nak punch card waktu balik. Sampaikan kene patah balik dua tiga kali.

Neh semua gara gara si haraz lah.

Skang kan dia dok umah pengasuh baru.

Ade pulak dia pegi bantai menangis satu hari sampai serak suara.

Sian kat nora.

Nasib lah laki aq berkompromi nak tolong jagakan dia waktu petang.

Kurang sikit lah beban si nora.

Kalo tak, mau pengsan dia. Mana tak nye. Dengan damia lagi, dhia lagi. Pastu haraz pulak asyik melalak je.

Adoyai lah anak. Nape lah kamu buat perangai macam neh.

Hidup ibu pun dah tak tentu arah dah ne.

Kalo balik umah, elok je. Tapi jenuh gak kene ceramah dengan abah dia.

Mama.. cepatlah balik. Haraz nak kat mama je neh.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 9, 2013

Senyum sokmo

Alkisah.

Senyum.. tak perlu kata apa apa..

S
E
N
Y
U
M..

Saya nak pegi berkelah kat pantai hari neh..

Ibu nak sambut besday abah.

Tapi saya mesti tak dapat makan ape ape kan..?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, June 7, 2013

Pengarang Jantung Ibu

Alkisah.

Mood tak berapa nak bagus hari neh. Memacam hal jadi menyebabkan bermacam perasaan.

Jadinye layan je gambo haraz yep.




Tengok je lah muke kepelikkan dia bile kene snap gambo.

Aq kalo stress dengan keje kat opis. Aq tengok je gambo haraz bebanyak.

Terus melting... hilang beban yang terbuku.

Betul lah kata orang.

Anak neh penguat kasih sayang, peluntur segala masalah.

Psst.. Cik Mimie Najib, cecepatlah kawen ye. Boleh dapat anak kembar TIGA. Yang tuh lagi cepat melting maa..

Thursday, June 6, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang..

Alkisah.

Selamat hari lahir untuk Azsudin a.k.a mu luvly husben. Tanggal 6 Jun neh besday nye.



Semoga panjang umor, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Untuk mak Faridah Noor dan abah Mohd Noor Kamban. Terima kasih kerana telah melahirkan dan mendidik Muhammad Hazrinnuddin selama ini menjadi anak dan suami yang mampu mendidik kami sekeluarga.

Terima kasih juga kerana sentiasa merestui kami. Sesungguhnye jasa mak abah takkan kami lupakan.

Belum fikir nak sambut besday macam mana. Kalo nak buat majlis suprise memang tak lah. Kang lain yang jadinye. Jadi baik jangan amek risiko.

Cadang nak buat makan kat rumah. Tapi kena minta izin bos besar dulu.


Kene bincang neh.
Published with Blogger-droid v2.0.10

1st day pengasuh baru

Alkisah.

Hari ne hari pertama haraz duduk dengan pengasuh baru.

Mama pengasuh balik melaka. Tambahan pula husben mama ade kursus kat terengganu sebulan jadi takkan nak bagi mama tinggal seorang kat labuan neh.

Mule asalnye pening jugak nak cari pengasuh sementara. Kalo takat nak hantar kat taska sebulan, memang depa tak nak la kan. Kat sini takde taska transit.

Pastu nasib baik lah nora adeq su sanggup nak asuhkan haraz. Terima kasih bebanyak ye. Jasa kalian takkan kami lupakan.

Kalo tak alamat kene cuti sebulan lah aq.

Haraz be good okiez.. jangan susahkan orang. Nanti tengahari abah amek haraz ye.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 4, 2013

Kasihnye Abah..

Alkisah.

Saat neh aq tak keruan.

Badan je kat opis, hati melayang kat rumah.

Manakan tidak, dua hero aq dok kat umah.

Si anak yang demam dah semakin kebah. Nak ditinggalkan dengan pengasuh tak sampai hati. Nak cuti tak berdaya pula sebab keje banyak menanti.

Jadinye si abah pun menawarkan diri menjaga si anak.

Terharu aq bile dengan laki aq nak tolong jagakan anak.

Serba salah pula bile beban tuh terpikul kat bahu dia.

Pepagi lagi aq dah bangun. Bersahur dan siapkan bubur haraz. Kemas baju tuala dan pampers atas katil haraz supaya senang laki aq terus pakaikan lepas mandikan haraz nanti.

Siapkan air panas untuk buat susu dan kot laki aq nak minum air ke. Air sejuk pun dah siap masukkan dalam peti. Kot lah laki aq dahaga pula, nak minum air sejuk.

Gigih jalan kaki pegi warung kat depan tuh beli nasi lemak dan kuih muih.

Haraplah hari neh tak sibuk dengan meeting. Kang tengahari aq nak balik hantar lauk kat laki aq pula.

Owh, masa.. Cepatlah berdetik.. Aq mau pulang tengok hero kesayangan.

Haraz be good ok..? Abah is firstime tinggal dengan haraz.

Ibu minta maaf sebab tak dapat jaga haraz, ibu kene work. Malam kang ibu balas balik ye, kite main sampai puas tao.

Monday, June 3, 2013

Bile anak demam


Alkisah.

Bile anak demam, mesti ade merengek pastu merangkak dan pegi landing manja kt ibu..

Tapinye si abah pulak bile tengok anak landing manja comel cute boleh pulak panggil anak tuh datang kat dia. Nak suruh landing manja kat dia jugak..

Adoyai.. tak nak kalah.

Jadinye mak pak pun dok gadoh pakat berebut nak jaga anak demam.

Cume bile hari dah makin gelap dan jam pun dah berputar nak ke pagi. Memasing dah pudar semangat dek kerana mata terlampau mengantuk.

Haraz pun dah nampak tak nampak je. Kalo nampak pun dah macam 3 4 dah si haraznye.

Maka start kereta dah terus pegi emergency.

Dapatlah haraz ubat cucuk kot montot sedas. Huhu..

Cepat sembuh ye anak. Ibu Abah sayang awak.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 31, 2013

Gigi dua batang

Alkisah.

Pagi neh haraz bangun awal. Sebelum suboh lagi jam 4.

Aq pura-pura tido dengan harapan dia tido balik macam selalu tapi nan hado.

Jenuh susukan dan perap pun tak mau nye tido. Kene jugak lah bangun dok melayan dia main dengan tgk tv.

Disebabkan haraz tak nak tido. Maka aq telah membuli budak tecik neh. Amek gambo gigi dia yang dah keluar dua batang.

Gigi pertama tumbuh, demam sampai seminggu. Alhamdulillah, gigi yang kedua tumbuh neh dia sihat walafiat.

Walau dah dibuli dan letih main, masih takde tande dia nak tido. Kepala aq dah pening sebab tak cukup tido.

Bukan ape sat lagi aq nak keluar pegi pasar dengan abah dia mula lah nak tido. Kalo silap timing dia mengamok tuh yang aq tak lalu nak dengar abah dia membebel. Hehe..

Haish haraz neh. Tido lah cepat. Kang boleh abah bawak kite keluar jenjalan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Warga Labuan!! Promosi untuk 24jam sahaja..

Alkisah.

Cepat-cepat.. Promo utk 24 jam sahaja. 

TUPPERWARE Nano Nature Water Filtration System
Senang sangat kalo dah ade ini. Tak perlu nak beli air botol dah plus dia siap ade enhancement tank yang mana mengandungi 19 mineral yang diperlukan oleh badan kita.

Apa..? Susah hati dengan maintainence dia..?

Jangan risau. Cume ade dua tank je. Tuh pun kalau nak ganti, bergantung pada had penggunaan.

Mineral tank tuh cume perlu tukar untuk tempoh 6bulan atau penggunaan 2500liter. Ye, 2500 liter ye. Itu pun kalo guna banyak tapi kalo tak nak pakai tank mineral pun boleh. Cume RUGI banyak lah kan kalau taknak pakai. Bukan mahal pun nk ganti, tak sampai RM200 pun sekali dengan minyak pegi balik. hehe..

Yang satu lagi filter catridge. Yang neh setahun baru leh tukar atau penggunaan 5000 liter. 

Yang paling besh water filter neh ade lampu LED yang boleh bagi signal pada kite bile perlu nak tukar dua tank tuh. Memang senang sangat lah. Tak payah nak pening. Lagipun brand Tupperware kan..? Tak payah nak ragu-ragu lagi.

Pastu tak payah nk risau tentang produk neh sebab agen Tupperware ade kt seluruh malaysia. Kalo ade yang dah pindah tempat, boleh refer je kt Tupperware Business Centre. Sure korang takde masalah punya lah. Insya Allah.

Alhamdulillah, semalam aq dah grab satu untuk hadiah bagi kt Azsudin dan Haraz. Pasni tak payah nk gadoh tunggu laki aq balik dari belayar nak pegi angkat tong air bagak tuh. Alhamdulillah, syukur sebab tepat pada masanya. 

Cepat-cepat pm/viber/wechat/wassap 0168497086 untuk maklumat lanjut.

COD area LABUAN adalah sangat digalakkan.

Thursday, May 30, 2013

Kene pakai stokin jugak

Alkisah.

Sejak lepas bersalinkan haraz neh aq ade tabiat baru. Kalo tidor mesti kene pakai stokin.

Dah biasa dekat dua bulan pakai stokin masa dalam pantang, terbawak pula sampai sekarang.

Macam selesa pula pakai stokin masa tido neh. Bile bangun pagi rasa segar je dan kurang sakit badan.

Bak kate mak aq, angin bisa tak masuk badan bile pakai stokin neh. Angin bisa memang suke masuk ikut kaki. Tuh yang kenkadang sakit sendi je kejenye.

P/s : neh aq bantai pakai stokin laki aq. Dah sape suruh dia pegi basuh semua stokin aq. Bile tak kering kene lah pinjam stokin dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cepat sembuh kak gee..

Alkisah.

Kelmarin kecoh kat wassap kakak aq masuk hospital untuk buat operation. Ade cyst dalam perut, sebesar bola pingpong.

Semua famili aq datang tengok.

Kecuali kami je yang takde.

Sangat sedih. Salah satu bende yang paling aq tak suke bile dok jauh neh.

Kalo ade kenduri kendara ke, sedara mara sakit ke atau ade perkara penting yang macam neh, kami sekeluarga tak dapat nak hadir sekali.

Aq harap kakak aq paham.

Aq hanya mampu doakan dari jauh je.

Terima kasih jugak pada anak buah tersayang semua sebab sentiasa update pada famili andak mu yang jauh diperantauan neh.

Walaupun kenkadang aq pening baca wassap yang masuk bertalu macam machine gun.

Mana tak nye, anak buah aq dekat 15 orang. Sumenye ade telefon pintar. Cume aq dengan laki aq je yang terlambat kapal terbang.

Canggih bebudak skang kan..?

Untuk kak gee, semoga cepat sembuh. Orang minta maaf sebab tak dapat ade di sana masa kak gee sakit. Padahal kak gee sentiasa ade masa susah senang orang.

Orang sayang kak gee. Cepat sembuh ye..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 29, 2013

Alamak.. salah la pulak..

Alkisah.

Sat neh aq tengok post tutorial aq semalam kt pc..

Sekali salah upload gambo lah..

Nanti yuni download yang ade ikon B warna oren macam blogger jugak tao.. bukan yang warna hitam tuh.

Cecepat download ye.. Nak tau cite irfan neh..

Semenjak dah ade apps neh memacam bende nk post. Semalam je dekat 3 post aq buat. Huhu..

Tuesday, May 28, 2013

Bile Lakiku Memasak.

Alkisah.

Hari neh mood laki aq tersangatlah rajin..

Balik keje tadi tengok dia siap dah kemas rumah. Kain baju dah siap basuh dan bersidai, tinggal nak lipat masuk dalam almari je..

Pastu ajak aq pegi family mart beli barang dapur katanye. Sat neh tengah bermandi peluh masak kat dapur pula..
 

Jangan memain.. ketam tuh dia tangkap sendiri tau.. huhu..

Lakiku seorang nelayan..
Juga seorang tukang masak..


Jadi, inilah hasil titik peluh si suami hari ini.

Gulai lemak ketam sama cendawan goreng tepung dan air soya cincau.

Siap offer lagi kalo aq qada' puasa nanti cakap je nak makan pe. Sure dia masakkan. Ape lagi.. aq pun jam itu jugak cakap esok nak puasa.

P/s : Isteri makan bertambah sampai tiga pinggan. Nasib pinggan tak boleh makan.

Install bloggerdroid

Alkisah.

Atenye dah post kt fb suruh anak buah aq install apps neh tapinye takde tutorial pulak kan..?
Huhu..

Tapi nk cite dulu macam mana boleh terjebak nak install bende apps neh.
Aq neh tetiap hari stalk blog ben ashaari.

Pastu ade perasan kt nota kaki dia tuh ade tulis publish with bloggerdroid.
Neh mesti dia post dari hanpon dia.
Ade ke apps macam tuh..?

Makanye aq pun cari ler.

Jumpe meh.. tapi punya la banyak.. sampaikan aq kene study sesatu yang mana same macam beliau.

Nak install dalam hanpon senang je..

Pegi ke playstore-> search blogger apps-> sampai kome nampak ikon B macam dalam gambo kt atas tuh-> install-> open-> sign in blog memasing.

Pastu..

Ape lagi... mule lah menaip entri..

Senang kan..? Kalo tak paham dgn tutorial neh, sila lah hubungi pihak berwajib ye.. huahaha...

Published with Blogger-droid v2.0.10

post dari hanpon la pulek..

Alkisah.

Baru lepas install software dalam hanpon aq.
Ace try nk post gune hanpon plak.
Meh layan gambo haraz jugek..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 22, 2013

Dating Time Lunch Hour

Alkisah.

Skang neh laki aq kerap nau belayar. 5 hari belayar, 4 hari dok darat. Pastu belayar lagi. Rutin harian aq pun dah huru hara. Nak-nak kalo dia kene kuar time weekend. Alamatnye dok umah je la aq dua beranak.

Skang kalo dia kuar, aq maleh nk beli barang dapur dah. Bukan leh masak pun dgn bos kecik tuh. Baru aq pegang kuali dah melalak macam kene dera. Sibuk nk swuh angkat dia bawak gi dapur sekali. Nak tolong aq masak katenye. hehe..

Tapi sejak laki aq rajin kuar belayar neh, aq perasan satu perkara yg dia tak penah buat mase memula kawen dlu. Ape tuh..? Ajak aq kuar lunch je, huhu..

Ceh, bajet macam ape je kan..? Laki ko dah ajak kuar lunch pun nk mengempek. Bukan pe, kalo dlu jarang nk lunch same. Sanggup tak makan sebab balik tuh nk swuh aq pulun masak.

Kuar lunch pun makan kt tempat yg same, kt restoran warisan tuh. Baru buka dan masakan dia memang kene dgn selera laki aq. Sebab tuh dia dah rajin nk pg lunch skang. Nasib la dia bawak bini dia neh. Dapat la aq makan ikan keli dgn ikan pari. Nak masak sendiri macam tak berbaloi. Ceh, kunun. Padahal mmg aq tak reti masak pun. Mak mentua aq yg pandai masak. Mak aq plak tak makan ikan keli.

Slalo kalo kami makan kt luar, 3 tempat neh je fave spot kami. Restoran Warisan, Raff Restoran dgn Warung Jeliti. Sume masakan depa memang kene dengan selera kami lah. Kalo tak, balik umah swuh laki aq masak je. haha..

Seronok gak dating mase lunch hour. Rase macam zaman bercinta pula. Laki aq saje nk amek hati sebab aq asyik merungut takde masa nk makan kalo tinggal berdua dgn haraz.

Monday, May 20, 2013

Haraz makan McDonald

Alkisah.

Semalam aq paksa Azsudin bawak aq pg makan McD. Dah lame kot tak makan. Hehe..

Macam biasa aq yg tukang beli, laki aq pg cop tempat dgn si Haraz.

Sampai kt meja, haraz agak teruja tengok aq tatang dulang yg penuh dgn harta karun McD tuh.. Dia bajet ibu dia nk bagi makan itu McD.. Memang tak lah kan. Takkan aq nk sumbat burger kt dia plak.

Jadi untuk tidak menghampakan harapan dia, aq bagi dia pegang fries sambil tuh aq suap dia makan bubur dgn biskut yg aq dh tapau siap-siap dari umah.

Wah.. Banyak dia makan, sambil angguk-angguk kepala konon sedap dan besh sgt dapat makan McD. Fries yg dia pegang tuh hancur, aq bagi lg fries laen.

Yg bagusnye haraz neh kalo pegang makanan memang payah nk suap kt mulut sendiri. Jadi aq tak risau lah bagi dia pegang fries tuh sebab memang dia tak masuk mulut punya. Amek syarat je konon dia tengah makan McD.

Aq dgn Azsudin bantai gelak tgk dia terkena dengan mak pak nye. Senang je kan nk olok-olok si Haraz neh. Siap dia pun join kami gelakkan diri dia sendiri. Apa lagi, makin kuat lah kami gelakkan si haraz.

Tentiba haraz terdiam sebab kami gelak makin kuat. Lama dia pandang abah dia dengan muke masam. Pastu dengan selamba dia tonyoh fries tuh kt hanpon BARU abah dia. Sekuat hati plak tuh.

Kendian dia plak yg sengih-sengih dan gelakkan abah dia. haha..

Ape lagi, laki aq pun bebel lah kt aq. Katenye ibu yg punye hal, abah plak yg jadi mangsa.

Padan muke kiteorg. Konon nk kenakan anak, pastu terkene kt mak pak nye balik.

Hahah..

Alahai la anak.

Friday, May 17, 2013

owh Cik Mimie Najib dan Cik Meyra John..

Alkisah.

Hari tuh aq de wat GA, tapi takde sambutan.

Tapi disebabkan dah berjanji dan hadiah pun dah beli makanya aq pun nk bagi lah pada dua orang peserta tersebut. Lagipun blog cik mimie yg paling byk menyumbangkan traffik ke blog ini..

Dan aq pun decide nk bg sedikit sumbangan pada cik mimie najib dan meyra john sekiranya mereka wat GA kelak.

So cik mimie dan cik meyra.. minta emelkan detail pada saya mieynz[at]gmail.com.

Insya ALLAH saya akan poskan hadiah yg tak seberapa tuh.. sudi-sudikan lah menerimanya yep..

Tambah Stok EBM

Alkisah.

Amaran KERAS: Kesan adalah berbeza bagi setiap ibu. Sekiranya terdapat simptom yang tidak berhasil, pastikan anda mendapatkan nasihat dari yang TERLEBIH PAKAR!!

Kelmarin de ngempek kt blog ttg hasil EBM yg merundum kan? Pastu kebetulan terjumpe post dr halina ttg minum horlick utk tambahkan stok EBM. Aq yg tak berapa suke horlick neh terpaksalah telan gak demi anak tersayang. Alhamdulillah, skang neh stok meriah balik mcm dlu.

Meh nk share cket cara aq boost milk production. Di ulang, CARA AQ ye. kalo ade yg tak paham sila baca semula amaran di atas.

DUA SYARAT UTAMA YG MESTI DIPATUHI:
1. Sila pastikan anda mematuhi jadual mengepam.
    Jangan sekali-kali skip jadual mengepam neh. Kalo nk production byk kene kerap pam.
    Cara aq : Aq mesti pastikan setiap 6jam mesti ade skali mengepam. Kalo limpas a.k.a terlepas waktu aq akan pam sampai dapat oz yg aq target. Aq pam setiap kol 5pagi, 11pagi, 5ptg dan 11mlm.

2. Jangan sekali-kali tinggal waktu makan.
    Maksudnye kamu mesti makan pada tetiap waktu. Bfast, minum pagi, lunch, minum petang,
    makan malam pastu supper lg.
    Cara aq : Aq pastikan yg perut aq mendapat makanan yg secukupnye bg memastikan aq dpt hasil yg lumayan. Aq tak kesah org nk ckp aq gemokss ke hape keh yg penting aq dpt hasilkan stok susu kt haraz. Nk diet..? Tggu Haraz dah setahun nanti.

Selain tu jugak, aq jugak amalkan macam-macam benda yg mana sume tuh aq dpt hasil dr pembacaan dan pengalaman org sekeliling. Cume ape yg aq paham, tak semua yg org bgtao tuh berkesan pada kite. Sebab..? Kite adalah lebih mengetahui ape yg badan kite perlukan. Semuanye terletak pada kepercayaan kite. Contoh macam aq, ade bende yg aq dpt info dr grup KIM tak berkesan pada aq. Cume tak salah kalo kite mencube. Masing-masing punya cara. Ikot mana yg termampu dan diterima oleh diri sendiri.

Antara amalan pemakanan lain yg boleh aq kongsi kt cni adalah :
1. Betik - tak kiralah makan buah betik ke, wat masak sayur bening ke..
2. Minum susu dan soya - yang meh memang hari-hari aq minum. pagi waktu opiz aq minum susu. balik umah minum soya kotak yg laki aq belikan, haha..
3. Makan nasi - yang neh tak penah tinggal. aq makan nasi setiap kali lunch dan diner. kalo tak makan nasi kompom susu takde.
4. Kurangkan minum ais - kalo aq minum ais bebanyak, cik B jarang bengkak.
5. Amek Shaklee - aq makan alfalfa dr shaklee je.. Vit C tak leh. Haraz alegik nokk..
6. Boleh refer page grup KIM kot..

Kalo de sesape nk ikot terpulanglah.. aq tak paksa. macam yg aq ckp awal tadi, kesan adalah berbeza bg setiap ibu. Selamat berjuang.

Owh, lupe plak.. Pyan rosma penah share kt fb dia.. Ibu-ibu, selain usaha jangan lupe berdoa jugak.. sebab semua rezki tuh ALLAH yg bagi. 

Tuesday, April 16, 2013

Demam la pulak..

Alkisah.

Hari neh aq half day. Haraz demam la pulak.

Kecoh jap pg tadi, aq tgh siap-siap nk pg meeting. Mama haraz tepon ckp haraz rengek-rengek takmo tido. Terus aq hangkut beg bawak dia pg klinik. Mujur lah mama nk temankan. Kalo tak, kalut gak aq nk drive lg. Tentibe plak si haraz melalak, lagi haru dibuatnye. Alhamdulillah tak berapa tinggi sgt suhu dia, 37.6 darjah. Tapi kira tahap demam gak lah.

Suboh tadi mmg haraz bangun awal, pastu dok tepuk-tepuk muke abahnye swuh bangun. Pastu kami laki bini dok rasa tangan kaki dia macam panas, jd aq dok jelom badan dia dgn air. Masa kol 7 tuh suhu badan dia dah ok dan ade cket ceria. Makanya aq pg la keje tp mmg niat lepas abiz meeting nk bawak haraz g klinik. Incase kot malam sat g tentibe terdemam ke hape.

Punya ramai org kt Klinik Suria tuh, dari jam 9 aq daftar jumpe doktor jam 11. Mmg sume dok pakat pg klinik tuh. Dekat jam 1 baru hantar mama balik umah pastu amek barang kt opis jap terus aq bawak haraz balik umah.

Neh 1stime haraz demam, sebelum neh ade dua kali pg klinik. Tuh pun sebab selsema je. Lemah je aq tengok dia. Sampai umah aq bagi dia makan ubat dgn susu, pastu lumur badan dia dgn asam jawa then balutkan dgn kain basah, terus dia lena. Panas sgt kot badan dia, sampaikan tak tentu arah dibuatnye.

Petang tuh aq suapkan bubur kt haraz pastu bagi makan ubat. Tapi kali neh takmo tido. Dok berguling-guling. Pastu tentibe laki aq balik. Memang lega sesangat lah. Haraz terus seronok macam bukan demam jep.

Sekejap neh, dua beranak dah tido. Haraz dok guling-guling takmo tido. Laki aq angkat dia letak atas dada, konon nk main-main. Sekali aq tgk senyap je, mentido rupenye si haraz. Tak penah lg dibuatnye tido atas dada laki aq, neh mesti kes rindu sebab abahnye asyik kuar belayar.

Adoyai lah haraz..

p/s : org kt opis aq ckp haraz demam nk bulih ko adeq.. APAKAH..? huhu

Monday, April 15, 2013

(Giveaway) ANIVERSARY versi saya

Alkisah.

STICKY MODE: Scroll ke bawah untuk entry terbaru.

Since lately neh post cik mimie macam ke laut je kan. Aq tergerak hati lak nk wat giveaway. Dia slalo up post org ttg segmen. Kali neh harap-harap dia upkan post giveaway neh. Ceh, bodek lebih.. Cume hadiahnye bese-bese je la, takde lah grand macam grand livina tuh. Walaupun labuan neh keta murah tp tak mampu la ahkak nk bagi keta plak. Ahkak pun pakai keta cabuk je. hehe..

Okiez, berbalik pada give away tadi. Senang je, just follow syarat seperti di bawah dan tggu keputusan. Pemenang akan dihubungi melalui emel. Jadi selamat maju jaya. hahah.

Syarat Giveaway neh:

1. Follow blog neh - WAJIB

2. Letakkan blog neh dalam bloglist anda - WAJIB

3. Buat 1 post simple tentang ANIVERSARY versi saya - Mesti ade gambar dan tarikh anibesari tuh.

4. Letak link giveaway neh kt komen.

5. Tarikh Akhir : 15 April 2013.

Anibesari tuh tak kisah la kawen ke, tunang ke, mak ayah punye anibesari ke yang penting ade kaitan dgn pemilik blog. Tak kisah la baru nk sambut ke atau dah sambut. Kalo susat sgt letak gambar dgn tarikh anibesari je. Gambar atau tarikh yg paling cute berpotensi utk dipilih. Alamak, terbocor sudah. kuikuikui..

Susah ke..? Selamat mencuba.

Tuesday, April 9, 2013

Ganti Puasa Ramadhan

Alkisah.

Tgh amek mud nk ganti pose. Banyak hokeih aq tinggai pose. Yang terbanyak dalam sejarah hidup aq, 29 hari. Slalo paling banyak aq ganti 4-5 hari jep. Yelah, dh aq bersalinkan haraz time bulan pose. Aq sempat pose 1hari jep. Pas buke pose terus kene admit hospital. 3hari aq kt wad kuar lah dak kecik tuh.

Takpe lah, pengalaman. Slalo dgr cite org ganti pose bebanyak. Kali neh turn aq. Pastu korang plak. kuikuikui.

Adeh, dugaan gak ganti pose neh. Tambah pula labuan neh panas dia luar biasa. Kalo kt opis aq memang dok bilik je. Nk pg blok sebelah pun aq maleh yg amat. Nk pg tgk haraz lg la tak larat. Alasan..

Ble pose neh mule lah pikir nk makan memacam. Kalo lah dpt nasi kerabu pasar malam seksyen 24 tuh, pergh.. kecur air liur. Ms dok sana dlu, tetiap hari rabu aq la pelanggan setia beli nasi kerabu mokcik tuh. Sedap bebeno, sampaikan kakak opis aq pun ckp mcm tuh. Ade lg nasi kerabu sedap, kt padang jawa. Tapi kene pg time keje je. Aq nan hado masa la pulak nk pg beli.

Kalo kt sana nk makan boleh beli aje. Skang neh kalo nk makan, ko masak lah sendiri. Tak dapek lah nk memacam ngan laki ko kan..?

Tak sabor lak aq nk balik ujung bulan neh. Nk swuh mak mentua aq masak asam pedas, bihun singapore dgn keli goreng berlada. Bertuah punye menantu. Dah tu nk buat cane? Menantu tak berape reti nk masak. Mak mentua aq plak rajin masak, sedap plak tuh sampaikan aq bertambah-tambah.

Mak aq..? pun terer masak. tapi dgn mak aq boleh request makan macam-macam. Ko ckp je nk makan ape, sure mak aq masakkan. Dah name pun anak dia kan..? Aq suke makan mak aq masak lemak dgn pisang kukus.

Adoyai.. ade cite sal makan lak time-time pose neh. ape da.. kasi bikin perut nyanyi lagu rock ma!!

Kembalinya Dia ke Rahmatullah

Alkisah.

 
 
Haji Kushairi bin Md Said
22 Disember 1933 - 09 April 2012

Alfatihah buat arwah apak yang telah kembali ke rahmatullah pada 09 April 2012.

Semoga rohnye di tempatkan di kalangan org yg beriman dan soleh.

Ya Allah, kau jauhkan lah dia dari api neraka mu. Kau lepaskan lah dia dari menanggung segala dosaku.

Ameen..

Friday, April 5, 2013

29 April

Alkisah.

29 April 2011.
Saat tu lah azsudin berjabat tangan menerima nikahnye aq sebagai isteri

Slalo bile nk masuk bulan april je mesti dok pikir nk sambut anibesari kt mana. Tahun lepas adalah tahun pertama kami sebagai suami isteri. Kami balik perak wat keje kawen along dengan kaklong yg mana mereka kawen pada tarikh yg sama dgn kami. Tahun je berlainan. Azsudin belikan kek SR pastu kami tumpang majlis potong kek depa.

Tahun ne pula, kami masih lagi balik perak untuk wat keje kawen. Kali neh anak sedara aq pula yg kawen. Cume depa kawen awal bulan Mei. Alhamdulillah, kami dah beli tiket dan masing-masing tak sabar nk tggu kami balik sebab nk jumpe dgn haraz.

Memula aq kuciwa cket sebab tak dapat nk buat something spesel utk azsudin sempena anibesary kami. Tapi ble tgk dia macam tak sabar nk balik kg jumpe mak dgn abah, aq rasa ini lah yg sepatutnye.

Apa salahnye kalo sambut anibesari dgn meraikan mak abah terutamanya mertua. Mungkin aq akan jadikan neh sebagai acara sambutan anibesari aq tiap-tiap tahun. Mungkin tak berapa romantik tapi berkat tuh lagi penting.

Tak perlu plan cuti jauh-jauh, tak perlu candle light diner, tak perlu hadiah berjenama mahal. Cuma sebijik kek utk dikongsi bersama mak, emak dan abah. Tanda terima kasih pada mereka kerana merestui perkahwinan kami.

Dah kalo makpak memasing tak restu nk bg kami kawen mungkin kami tak dapat la nk kawen kan?

Jadinye, terima kasih mak & bapak sebab merestui dan menerima azsudin sebagai suami anakmu ini. Buat mak dan abah kerana terima kasih sebab terima saya sebagai menantu dan menjadi sebahagian dari keluarga.

Psst : Semoga aq dapat jadi menantu kesayangan selalu. huahahaha..

Tuesday, April 2, 2013

Kuat ngigau

Alkisah.

Malam tadi azsudin duty makanya tinggai lah kami dua beranak. Sebabkan panas, kami tdo kt luar depan tibi. Tgh malam tuh aq bangun nk minum air. Memang rutin tetiap hari bangun tengah malam minum air.

Tentiba dengar bunyi ketawa kuat gle ah. Terkejut aq. Pegi intai si haraz, takde pape pun. Dah rase seram sejuk. Pastu lame aq perati haraz. Tgk dia dok sengih-sengih sambil tido.

Sah la tuh NGIGAU.

Minggu neh Tuan Ayah cuti, jadi memang 1 hari suntuk melayan haraz men la. Petang semalam aq amek haraz pun dok tgk depa berdua kt taman. Tuan Ayah bawak haraz makan angin petang. Kemain suke dak tuh.

Neh malam sampai ngigau-ngigau la.

Ahad lepas pun ngigau gak tapi menangis-nagis. Sebabnye pagi tuh kami bawak dia pg gunting rambut kt mamak. Melalak sampai kuar air mata. Last-last mamak tuh potong cket je. Tak berani dia lelama dgr haraz melalak.

Haish, kuat ngigau la awk neh haraz. Suka pun ngigau, sedih pun ngigau jugak.

Saturday, March 30, 2013

1st Solid Food Haraz

Alkisah.

Meh nk share pengalaman kenalkan si haraz neh dgn solid food. Aq bagi haraz makan lambat jugak, masa umor dia dkt 6 bulan setengah. Kalo ikotkan hati awai lagi dah nk bagi makan tp menunggu dia balik dari check up baru leh bagi sebab aq takot berat dia naik zasss berkilos pulak. Kang jenuh aq nk refer dia ke pakar. Al maklumlah klinik pakar kt labuan neh servis dia tiptop.

Beria rujuk sana sini ttg solid food neh, siap wat checklist dan mengganggu gugat life harian si yuni. Aleh-aleh, sume takleh pakai sebab haraz neh pelik cket. Aq kene wat eksperimen sendiri kt dia.

Memula aq buat puri, haram langsung dia takmo makan. Siap menjerit-jerit minta aq berhenti suapkan dia. Nasib tak terjatuh dari bouncer. Aq ingtkan bile kt uma mama pengasuh boleh la pujuk makan. Rupenye lagi hebat dia mengamok taknak makan.

Bile dah seminggu berlarutan mcm tuh, weekend tuh aq tawakal wat bubur nasi macam yang slalo aq makan masa preknen kan haraz dlu. Alhamdulillah, dia makan dgn seleranya. Makanya hari-hari seterusnye aq pun bekalkan dia bubur nasi sayur.

Gigih aq bangun kol 4 pagi tiap hari nk masakkan bubur dia. Abah haraz warning awal lagi, jgn bagi haraz makan bubur "semalam". Mesti bubur fresh haa.. sebab azsudin jenis yg takleh makanan perangat. Sakit perut jadinye.

Senang je nk buat bubur haraz neh. Bangun pagi, siapkan bahan. Bile dah masak atas api, kamu tinggalkan je atas dapur. Pastu aq pegila siap packingkan susu, baju-bajan dan iron baju-tudung aq. tapi jangan lupe kacaukan bubur tuh skali sekala. Ade skali tuh aq terlupe, rentung periuk dibuatnye. Kene pula beli periuk lain.

Owh, ye. Utk buat bubur haraz neh, aq memang beli periuk khas yg kecik molek tuh. Senang nk sukat. dan bile nk sediakan makanan haraz memang pakai periuk tuh, even nk lecek kentang atau pisang atau betik. Maleh nk campur periuk harian aq tuh. Takot kang lekat pedas plak.

Resipi Bubur Haraz

Segenggam beras - dibasuh
1/2 ulas bwg merah - dihiris
1/2 ulas bwg puteh - dihiris
1/3 biji carrot - potong dadu
1/2 sudu mentega / majerin

sayuran lain mcm brokoli, kentang, tauhu, sawi, bayam dicampur selang seli ikot hari.

1. Basuh semua bahan sebersihnye.
2. Isikan air dalam periuk hingga tenggelam semua bahan.
3. Masakkan atas api sehingga hampir kering.
4. Blender bubur sampai jadi puri.
5. Bagi haraz makan sampai kenyang, haha

Bahan carrot memang hari-hari aq bubuh dalam bubur. Pastu aq campurkan jugak sayuran lain ikot 4day rules. Takat neh haraz memang akan makan dengan banyaknye bubur puri melainkan kalo aq campur bubur tuh dgn ayam, ikan atau selain dari sayuran. Aq pun tak tahu nape haraz tak suke tp ikotkan masa aq preknen dlu memang tak makan daging. Sup sayur je yang aq makan tiap hari.

Friday, March 29, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Alkisah.


Jumlah follower terkini #1011

Mari tambahkan kenalan. huhu..

Kenapa join segmen cik mimie..? sebab dia boleh jadi sahabat blog yg baik. even follower dia cecah seribu, dia boleh detect kite follow dia.

mcm aq hari tuh tak sengaja jumpe blog dia dan follow. pastu esoknye aq tgk dia follow aq balik. siap komen kt post aq lg.. bagus nau la cik mimie neh. anak sape la tuh.

kalo ade sape-sape yang dari segmen cik mimie yg terblogwalking kt post neh, minta tinggalkan jejak ye. saya pun nk menambah koleksi blog walking. suke baca blog org.

Thursday, March 21, 2013

Bertahan lah..

Alkisah.

Alhamdulillah, masih bertahan lagi seminggu.

Bertahan dari apa..?

Tahan hati dan diri dari memberikan FM pada haraz sebabnye stok EBM aq nan hado. Skang neh pesen pam hari ini utk bekalan hari esok.

Salah sape? Salah aq jugak sebab malas nk mengepam.

Tgh cari rentak dan mengumpul tips nk boost milk production.

InsyaALLAh akan kongsi sikit hari lagi.

Jadi marilah kite berjuang hingga ke titisan terakhir. huhu..

Eh... Aq tukar layout lg, haha.. insyaAllah kali neh harap kekal lama sebab dah cari yg lebih dewasa, matang dan mesra alam.

Friday, March 15, 2013

Rambut gugur lepas bersalin..??

Alkisah.

Rase-rasenye semua ibu mengalami problem yang sama lepas beranak. Kata org tua, kalo anak dah pandai menyembur kompom rambut akan bertaburan jatuh ke lantai. Aq pun mengalami masalah neh, sampai satu tahap masa haraz masuk 4 bulan rambut aq bahagian depan tuh hampir takde. Dalam erti kata lain, botak depan. Tang belakang je yg ade rambutnye. Mule-mule aq tak berapa nk kesah sangat la, dah name pun pakai tudung. Ape ada hal kalo rambut tak berapa nk ade. Tapi bile azsudin dah buka mulut komen aq neh botak, pastu bile pg kedai pun dok survey kt tempat shampoo je siap beli macam-macam shampoo kt aq lagi. Sampaikan hari-hari dia dok belek kulit kepala aq, tak boleh jadi neh. Kene buat sesuatu. Bile dah macam-macam shampoo pakai pun tak jadi, aq pun menung berpikir kejap. 

Tentibe teringat la pada satu mak bidan yang penah urut aq masa belum kawen dlu. Dia bagi tips kalo nk kurangkan rambut gugur lepas bersalin, try pakai shampoo sebamed. Aq pun ajak azsudin pg guardian kt UK tuh cari shampoo sebamed. Lame gak berpikir sebab harga dia boleh tahan mahal pastu aq neh plak jenis kedekut dgn diri sendiri. Alih-alih pejam mata je bayar beli shampoo neh bile dah kene sound dgn azsudin sebab dekat sejam membelek bende alah neh kt guardian sampaikan haraz dah mengamok nk susu.

Skang da dekat sebulan aq pakai shampoo sebamed neh. Rambut masih gugur tak boleh hilang lah sebab anak aq masih menyembur, malah maha hebat semburan nye sekarang. TAPI!!!..ahah.. ade tapi kan.. Alhamdulillah, bilangan yg gugurnye sikit lah kalo nk dibandingkan dulu yang macam org sakit kanser namanye. Dan rambut aq tumbuh bak cendawan lepas hujan. Tiga hari lepas pakai shampoo neh dah boleh nampak kesan yg mana mencanak rambut baru tumbuh. Sampaikan da macam awning dah rambut aq yg hok depan tuh. Masa tuh laki aq dok gelak je bile tgk, tapi takpe la janji ade rambut dan tak payah nk risau botak dah. Syampoo yang aq pakai tuh jenis yg macam neh la..    

sumber google

 
 
Bile aq google balik, jumpe la pula jenis yang neh. Agaknye mak bidan tuh dok suruh pakai jenis neh kot. Yg memang khas utk keguguran rambut tapi al maklumla kt labuan neh barang limited cket. Takpe, abiskan dulu shampoo skang. Balik perak nanti aq cari len.
 

sumber google gak.


 

Wednesday, March 13, 2013

Haraz Jatuh Katil!!

Alkisah.

Owh mai haraz, Ohmaiharaz.. Adoyai, perkara yang paling ditakuti. Semalam haraz membuat jantung aq dgn azsudin tercabut pada tengah malam time org tgh syiok tdo lena diulit mimpi.

Masa tuh nk dkt kol 1 pagi, aq bangun utk pam susu. Ku tinggalkan haraz yg syok tdo bergayut kt leher abahnye.  Aq kuar ke ruang tamu untuk mengepam. Selang bape minit pastu aq dengar bunyi berdentum mcm bende jatuh, kemudian suara azsudin menjerit "Allahuakbar" banyak kali. Mengigil badan dok dengar terus masuk bilik. Kendian tgk azsudin tgh angkat haraz dari lantai. Sah!! Anak aq jatuh katil. Menjerit nangis jugak la haraz tuh tgh malam, tapi mata tak celik. Kami pakat masing-masing berebut nk dukung dia sbb dia dok nangis tak henti sambil tenyeh mata yang tak celik lg. Tak tau la ngantok atau memang tak leh celik. Terus bawak dia kuar ke ruang tamu, buka lampu bagai. Bila dah terang benderang baru la haraz buka mata dan sempat sengih ble tgk muke kami yg kecut masam takot seriau. Bercampur baur perasaan masa tuh. Terpinga-pinga haraz tgk kami berdua dok mengadap dia tgh malam. Siap ketawa bagai, ingtnye kami nk main dengan dia kot. Yg aq dgn azsudin neh mengigil satu badan tak boleh nk kata la. Punya la selama hari neh dok berjaga beringat tp jadi jugak. Tah mcm mn la boleh jadi. Sekelip mata sangat.

Yg haraz lak mcm pasif je bangun pagi neh. Dok menung kuar tingkap keta. Tak tao la layan mengantok atau sakit. Haraz neh jenis tahan sakit cket. Tu yg risau kot pape. Pepagi buta td dah bawak haraz g KD Bebuloh, minta nurse mashani dgn nurse sanisah tgkkan. Terkejut nurse kt klinik dengar. Sume pakat dok checkkan budak kecik neh. Alhamdulillah, haraz takde pape. Seronok dia tgk nurse dok kerumun pepagi buta. Haish, dah namenye budak. Bukan paham pun mak pak nye susah hati. Nurse pesan minta kami pantau keadaan haraz, kalo de muntah-muntah terus g emergency. Pastu depa suruh kami buka katil, pakai tilam je. Budak tgh lasak.

Neh de sikit tips yg aq bing kt tenet. Kalo baby jatuh katil pastu ade antara simptom neh yg terbit, cecepat la pg bawak ke emergency. Tak payah nk tunggu klinik buka baru nk pg check, pesan nurse mashani. Mekasih ye nurse, nasib la nurse tak marah aq.

sumber : drsaiful

Aq maleh nk taip balik. Nanti kome klik je pastu bace kt blog tuh yep. Sat neh aq baru balik tgk haraz kt uma mama pengasuh, Alhamdulillah sihat walafiat anak aq tuh. Siap sempat menyepahkan rumah mama lg. Macam takde pape terjadi je. Mak pak dia tak abis debor lg neh. Adoyai la haraz si tembun..