Saturday, June 29, 2013

Pandai bawa diri

Alkisah.

Aq kat airport kuching. Tengah tunggu flight nak balik kuala lumpur.

Tak sabar nk jumpe haraz.

Satu malam berendam air mata. Dok teringat nasib si anak kene tinggal dengan opah dia.

Nangis ke. Makan ke. Meragam ke.

Saban jam tepon mak tanyakan perihal si anak.

Pastu siap minta adik2 send gambo haraz melalui wassap.

Yang si anak pulak..

Sebok main.

Makan tak hengat dunia.

Tidor lena sampai.bangun lewat.

Langsung tak buat perangai.

Terkedu mak nye dengor.

Takpe lah anak. Kamu memang pandai bawa diri.

Tak menyusahkan orang.

Ibu sayang kamu.

Nanti kejap lagi ibu balik ye..

Ibu beli jajan untuk awak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 25, 2013

Berdebar debar

Alkisah.

Sangat berdebar nak tunggu hari jumaat neh, 28 jun 2013.

Aq kene pegi mesyuarat kewangan kat sarawak.

Bakal meninggalkan si bujang kecik dengan opah dia.

Bertahan lah ye anakku sayang..

Ibu work untuk satu malam sahaja.

Petang sabtu lepas mesyuarat ibu terus balik jumpe awak ye.

Please behave ye haraz sayang.

Be good duduk dengan opah ye. Jangan susahkan orang.

Anak ibu sangat baik kan..?

Ibu sayang haraz.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, June 19, 2013

Selamat Berkursus

Alkisah.

Aq dengan Haraz ade kat semenanjung la ne..

Kene hadir kursus..

Labuan-KLIA-Bidor-SabakBernam-Bidor-Ipoh-Putrajaya-Bidor-Sunway-Bidor-SabakBernam-Bidor-KLIA-Labuan.

3 minggu lagi tuh. Syiok woo..

Lupekan hal kerja sekejap.

Layan kursus dan tambahkan ilmu.

Supaya balik nanti boleh wat kerja dengan betul dan tak kene "goreng" dah.

Abah haraz tak ikot balik, dia kene berkhidmat mempertahankan tanah AIR.

Marilah enjoy sambil study.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 18, 2013

Tarikh Lahir Yang Sama

Alkisah.

Tadi pagi masa aq wat keje nk peraku, ade tersemak dokumen anggota. Tertarik menarik cantik ble tgk tarikh besday wifey dia dgn anak nye sama hari lor.. Pandai planning, oopsyy.. haha..

Besday laki aq pun sama bulan dengan mak dgn abah mertua.

Yang lagi besh besday mak abah selang sehari. Jadi kalo nk sambut, boleh potong kek sekali. hehe..

Mak lahir 19 Jun, Abah lahir 20 Jun. Laki aq 06 Jun. Amer adeq ipar aq pun lahir bulan Jun.

Kiranya kalo bulan Jun tuh boleh sambut besday secara berjemaah lah.

Tahun pertama bergelar menantu, aq de beli hadiah besday kt mertua aq.

Tahun kedua, aq tak sempat nk belu sebab masa tuh dh dok labuan dan tgh mabuk peknen haraz.

Tahun neh, insya Allah aq cube cari present dgn laki aq. Kalo tak dapat balik, kami pos jelah.

Pening cket nk cari coz mertua aq neh jenis tak kesah.

Kalo mak aq senang je, dia dh request nk ape. Makanye aq cume pegi beli brg yg dia nak.


Jadi sempena bulan Jun dan hari lahir mak abah. Kami nk ucapkan Selamat Hari Lahir buat mak dan abah. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. Dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan mudah-mudahan dapat cucu lagi.

Erk.. huhu..

Thursday, June 13, 2013

Nasi daging payau

Alkisah.

Hari neh aq pose. Hari yang ke seblas.

Ade tujuh belas hari lagi.

Gigih aq nak mengqadakan puasa neh.

Tapi yang buat aq kuat semangat nak pose neh.

Bile laki aq yang masakkan untuk berbuke.

Kelmarin masak ikan bakar air asam, pastu sup tulang.

Hari ne dia masak nasi daging payau pulak..


Hari tu aq ade beli daging payau sekilo dari member opis aq.

Siap google resipi kata kauu..

Masak dengan laptop kat tepi lagi.

Tapi tak sangka menjadi, sampaikan aq tak berhenti makan.

Haraz pun makan jugak. Banyak pulak tuh.

Tak sangka laki aq de skill masak terpendam.

Boleh lah masak selalu.. kan sayang..?

Psst.. ade sape tahu ape tu daging payau..?



posted from Bloggeroid

Wednesday, June 12, 2013

Hoii kate kauu...

Alkisah.

Haraz dengan abahnye main chak chak..

Tentibe haraz nampak ade cermin atas sofa.

Dia dok ralit tengok muke dia dalam cermin tuh.

Dok posing memacam gaya.

Siap cium cium muke dia sendiri.

Pastu abah dia dok sergah, huarrgghhhh!!!!!

Dia punye terkejut..

Sampai terangkat bahu..

Siap cakap hoooiiiiii.... kat abah dia..

Lawak giler..

Padan muke kene hooiii dengan anak sendiri.

Memang terkezut betoi dak haraz. Huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bile anak bujang rajin

Alkisah.

Anak bujang aq tuh memang bangun awal pagi.

Jam 4 pagi lagi dah bangun. Pastu tepuk tepuk mak pak nye suruh bangun.

Pastu bile aq bangun, memacam hal lah nak kene buat.

Masakkan bubur dia, kemas beg dan iron baju nak pegi keje.

Abahnye pula selalu pepagi akan pegi sidai kain dan mandi.

Anak bujang aq neh tak boleh tengok mak paknye pepagi buat keje.

Dia nak jugak tolong buat keje rumah.

Dia pun dok sapu sampah..

Abis satu rumah dia sapu sampah.

Tahu dia sapu sampah dengan ape..?




Dengan...



Baju dia...!!!

Abis dia tawaf satu rumah dok ikot kami ke hulu ke hilir.

Makanya secara automatik dia dok sapu sampah pakai baju dia.

Memacam gaya, merangkak lah.. meniarap lah.. meniti lah..

Pastu dok tenyeh vontot dia kt lantai.

Bersih umah aq, tak payah nak susah beli penyapu dah.

Sampaikan ke bilik stor pun dia masuk.

Adoyai la anak..

Tuesday, June 11, 2013

Nak Punch Card Pun Terlupa.

Alkisah.

Sejak minggu lepas lagi aq asyik terlupa nak punch card waktu balik. Sampaikan kene patah balik dua tiga kali.

Neh semua gara gara si haraz lah.

Skang kan dia dok umah pengasuh baru.

Ade pulak dia pegi bantai menangis satu hari sampai serak suara.

Sian kat nora.

Nasib lah laki aq berkompromi nak tolong jagakan dia waktu petang.

Kurang sikit lah beban si nora.

Kalo tak, mau pengsan dia. Mana tak nye. Dengan damia lagi, dhia lagi. Pastu haraz pulak asyik melalak je.

Adoyai lah anak. Nape lah kamu buat perangai macam neh.

Hidup ibu pun dah tak tentu arah dah ne.

Kalo balik umah, elok je. Tapi jenuh gak kene ceramah dengan abah dia.

Mama.. cepatlah balik. Haraz nak kat mama je neh.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 9, 2013

Senyum sokmo

Alkisah.

Senyum.. tak perlu kata apa apa..

S
E
N
Y
U
M..

Saya nak pegi berkelah kat pantai hari neh..

Ibu nak sambut besday abah.

Tapi saya mesti tak dapat makan ape ape kan..?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, June 7, 2013

Pengarang Jantung Ibu

Alkisah.

Mood tak berapa nak bagus hari neh. Memacam hal jadi menyebabkan bermacam perasaan.

Jadinye layan je gambo haraz yep.




Tengok je lah muke kepelikkan dia bile kene snap gambo.

Aq kalo stress dengan keje kat opis. Aq tengok je gambo haraz bebanyak.

Terus melting... hilang beban yang terbuku.

Betul lah kata orang.

Anak neh penguat kasih sayang, peluntur segala masalah.

Psst.. Cik Mimie Najib, cecepatlah kawen ye. Boleh dapat anak kembar TIGA. Yang tuh lagi cepat melting maa..

Thursday, June 6, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang..

Alkisah.

Selamat hari lahir untuk Azsudin a.k.a mu luvly husben. Tanggal 6 Jun neh besday nye.



Semoga panjang umor, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat.

Untuk mak Faridah Noor dan abah Mohd Noor Kamban. Terima kasih kerana telah melahirkan dan mendidik Muhammad Hazrinnuddin selama ini menjadi anak dan suami yang mampu mendidik kami sekeluarga.

Terima kasih juga kerana sentiasa merestui kami. Sesungguhnye jasa mak abah takkan kami lupakan.

Belum fikir nak sambut besday macam mana. Kalo nak buat majlis suprise memang tak lah. Kang lain yang jadinye. Jadi baik jangan amek risiko.

Cadang nak buat makan kat rumah. Tapi kena minta izin bos besar dulu.


Kene bincang neh.
Published with Blogger-droid v2.0.10

1st day pengasuh baru

Alkisah.

Hari ne hari pertama haraz duduk dengan pengasuh baru.

Mama pengasuh balik melaka. Tambahan pula husben mama ade kursus kat terengganu sebulan jadi takkan nak bagi mama tinggal seorang kat labuan neh.

Mule asalnye pening jugak nak cari pengasuh sementara. Kalo takat nak hantar kat taska sebulan, memang depa tak nak la kan. Kat sini takde taska transit.

Pastu nasib baik lah nora adeq su sanggup nak asuhkan haraz. Terima kasih bebanyak ye. Jasa kalian takkan kami lupakan.

Kalo tak alamat kene cuti sebulan lah aq.

Haraz be good okiez.. jangan susahkan orang. Nanti tengahari abah amek haraz ye.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, June 4, 2013

Kasihnye Abah..

Alkisah.

Saat neh aq tak keruan.

Badan je kat opis, hati melayang kat rumah.

Manakan tidak, dua hero aq dok kat umah.

Si anak yang demam dah semakin kebah. Nak ditinggalkan dengan pengasuh tak sampai hati. Nak cuti tak berdaya pula sebab keje banyak menanti.

Jadinye si abah pun menawarkan diri menjaga si anak.

Terharu aq bile dengan laki aq nak tolong jagakan anak.

Serba salah pula bile beban tuh terpikul kat bahu dia.

Pepagi lagi aq dah bangun. Bersahur dan siapkan bubur haraz. Kemas baju tuala dan pampers atas katil haraz supaya senang laki aq terus pakaikan lepas mandikan haraz nanti.

Siapkan air panas untuk buat susu dan kot laki aq nak minum air ke. Air sejuk pun dah siap masukkan dalam peti. Kot lah laki aq dahaga pula, nak minum air sejuk.

Gigih jalan kaki pegi warung kat depan tuh beli nasi lemak dan kuih muih.

Haraplah hari neh tak sibuk dengan meeting. Kang tengahari aq nak balik hantar lauk kat laki aq pula.

Owh, masa.. Cepatlah berdetik.. Aq mau pulang tengok hero kesayangan.

Haraz be good ok..? Abah is firstime tinggal dengan haraz.

Ibu minta maaf sebab tak dapat jaga haraz, ibu kene work. Malam kang ibu balas balik ye, kite main sampai puas tao.

Monday, June 3, 2013

Bile anak demam


Alkisah.

Bile anak demam, mesti ade merengek pastu merangkak dan pegi landing manja kt ibu..

Tapinye si abah pulak bile tengok anak landing manja comel cute boleh pulak panggil anak tuh datang kat dia. Nak suruh landing manja kat dia jugak..

Adoyai.. tak nak kalah.

Jadinye mak pak pun dok gadoh pakat berebut nak jaga anak demam.

Cume bile hari dah makin gelap dan jam pun dah berputar nak ke pagi. Memasing dah pudar semangat dek kerana mata terlampau mengantuk.

Haraz pun dah nampak tak nampak je. Kalo nampak pun dah macam 3 4 dah si haraznye.

Maka start kereta dah terus pegi emergency.

Dapatlah haraz ubat cucuk kot montot sedas. Huhu..

Cepat sembuh ye anak. Ibu Abah sayang awak.
Published with Blogger-droid v2.0.10