Monday, September 30, 2013

Habis gas

Alkisah.

Semalam tengah syiok memasak tetibe kehabisan gas daa...

Nasib lah masa kawen dulu adik aq bagi hadiah periuk elektrik yang macam kat kedai steambot. Berguna jugak lah time kecemasan macam ne.

Sup yang aq masak tu tinggal tunggu nak mendidih je lagi selamat diterjunkan ke dalam periuk elektrik dan selamat menjadi juadah tengahari aq semalam.

Petang tu tunggu laki aq balik duty dari kapal maka pegi lah kami laki bini membeli gas sambil bawak haraz yang bosan dok rumah jenjalan.

Jenuh pusing satu labuan cari gas masak, semua kedai cakap HABIS. Ade pulak satu kedai neh cakap suruh aq datang beli esok sebab lori gas jalan (hantar gas ke labuan) hari isnin.

Dah ko suruh aq beli esok, maka malam ne aq tak payah masak ke..?

Aduyai.. ne yang payah kalo dok pulau neh. Pembekal aka penjual is the BOS. Pembeli kene dengar cakap atau dalam erti kata lain lagi ialah ko pasrah je lah. Kalo ko tak suke cari alternatif lain. Tu belum kira harga barang yang melambung lambung naik kalah si mael lambung.

Sabar je lah, dah aq yang pilih nak ikot laki aq dok kat sini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment: