Monday, November 25, 2013

Bila Haraz ke kebun.

Alkisah.

Minggu lepas aq balik ada mesyuarat kt Port Dickson.

Pastu sambung cuti balik kampung Perak. Nak bawak laki aq pergi urut badan sebab lepas dia accident hari tu aq belum sempat pegi bawak lagi.

Eh.. tak cerita lagi kan kisah laki aq accident. Hah nanti cerita post len la pulop ye.

So berbalik pada kisah bawak anak bujang aq ke kebun durian.

Kebun durian ne mak mentua aq punya. Kat seberang perak nun. Gigih kami keluar rumah pepagi buta. Mak dengan abah siap amek cuti lagi sebab nak pegi kebun amek durian bagi kat menantu kuasa dua dia makan. Huhu..

Masa aq balik epoh tu, pakat dengan kak long biras aq balik sama. Maka sebab tu aq sebut menantu kuasa dua. Dua orang kan.

Sampai kat kebun aq diARAHkan oleh laki aq dok setempat. Dia dengan mak abah pegi kutip doyan (durian).

Kome tahu haraz..? Macam mana abah dia letak kat tanah. Macam tu jugak lah dia statik tak bergerak pegi mana mana.

Kedudukan bumi di kebun kan tak rata. Maka haraz ne jenis yang berhati hati. Memang tak lah kamu nak tengok dia berjalan.

Tapi elok 15 minit kemudian dia duduk cangkung dan memulakan projek.

Adoyai, tetengah kebun la pulop dia nak bikin baja.

Nasib ade umah sepupu abah nak buat tumpang basuh ape yang patut.

Tapi hasil tangkapan hari tu kurang memberangsangkan. Durian tak berapa nak menjadi. Lesyor isinye kate orang perak.

Maka esoknye mak dengan abah pegi memburu durian di FAMA kuala kangsar.

Semuanya untuk anak menantu dorang. Aq tak ikot, dok umah sambil kejor haraz keliling laman.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. seronok la si bujang kecik tu masuk kebun ye.. hehe
    durian??? sedapnyaaaaa la hai..

    ReplyDelete