Friday, July 29, 2011

Ramadhan Pertama Bergelar Isteri

Alkisah..


Lg 2 hari menjelang ramadhan. Sudah semestinya perasaan itu berlainan dari tahun-tahun sebelum ini bagi si gadis yang dah bertukar status kepada si isteri dan si ibu. Ramadhan tahun ini mesti meriah bagi Eira, Anna, Solehah, Raha, Kay dan Dayah yang baru melangsungkan perkahwinan.. Berderet-deret kami kawen tahun neh, ikot giliran tiap-tiap minggu dr bulan Mac hr tuh.. Minggu neh datang kenduri kawan masih bujang lagi, dua minggu lepas tuh datang kenduri kawan dgn hubby tersayang, hehe..=) Manakala ibu-ibu Ema, Suhana dan Ipah, mesti kalut-kalut menyiapkan juadah berbuka dengan ragam sikecil. Maklumlah, masing-masing baru dapat baby..


Nampaknya ramadhan kali neh masih belum rezki saya nk menambah pahala dalam rumah tangga dengan bie tersayang. Berita pagi tadi membuatkan saya sedikit sedih hari ini. "bie mungkin balik pagi isnin sebelum raya, nanti syg tukarkan tiket ye?" kalo ikutkan bie tak boleh balik langsung sebab belum tiba giliran beliau balik raya, tapi bie usahakan juga untuk balik sebab saya dah berjanji akan sambut raya edadha di labuan. Tiket flight bie, saya dah belikan pada khamis minggu sebelum raya itu, dengan harapan beliau akan pulang awal dan beri peluang pada newly weds neh merasa berpuasa bersama-sama. Nampaknya harapan tinggal harapan. Tapi tak mengapa, yang penting beliau pulang untuk berhari raya. Ye, saya bekerja di Shah Alam, manakala bie pula nun jauh di Labuan.. Kami berdua terpaksa berpisah demi berkhidmat untuk negara, "Saya Yang menurut Perintah". Saya masih dalam usaha untuk mohon bertukar ke sana, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan doa kami selama ini.


Ble mengenangkan ramadhan yang tiba ini, sedih teringatkan bie yang hampir dua tahun di rantau orang. Alangkah seronoknya sekiranya kami dapat menyediakan juadah berbuka bersama-sama yang mana bie sangat pandai dalam bidang masak-memasak ini. Antara aktiviti masak memasak yang pernah dibuat oleh bie seperti ayam 3 rasa sayang, gulai lemak ketam, dan gulai kari yang paling digemari bie. Tak sabar rasanya nk merasa Ayam 3 rasa sayang, bie namakan masakan ini khas utk saya. Hehe..=)

Ayam Masak 3 Rasa Sayang
(bie ckp resipi ini khas utk saya)

Gulai Lemak Ketam


Ya Allah, mudah-mudahan permohonan pertukaran saya diproses dengan segera. Kesian pada bie sbb masih "bujang" kt labuan. Insya Allah, sayang sabar ye.. Ade hikmah semua ini.


Adein cakap tak sabar tggu post reen dgn xora ttg sambutan ramadhan mereka.

No comments:

Post a Comment