Monday, July 11, 2011

Antara Kursus dan Kawen

Salam 1 Malaysia.



Alhamdullillah, kursus kawen yg saya hadiri (sebelum akad nikah) berjalan lancar. Itu pun setelah mendapat bebelan daripada Bie dan mak. Sampaikan terkeluar ayat-ayat "kamu neh mak tgk macam dah kene paksa kawen je", huhu.. Maafla mak ku sayang, bukan kene paksa kawen tapi tuntutan kerja yang mendesak telah menyebabkan keutamaan tidak diberikan kepada perkara itu (dan dah kene senarai hitam dengan pihak JAIS kerana mohon kursus kawen tapi tak hadir ble sampai masanya..)



Satu perkara yang menjadi tanda tanya kepada saya (dan peserta kursus yg lain-lain). Ade seorg peserta kursus tersebut dtg dengan inai merah di jari dan dengan BANGGA memberitahu umum bahawa beliau telah pun melangsungkan perkahwinan pada minggu sebelumnya. Hinggakan perkara tersebut menjadikan ustaz penceramah terdiam seketika ble mendengarkan pengakuan tersebut. Setahu saya kursus kawen adalah perkara wajib dihadiri sebelum menghantar borang kebenaran bernikah. (menurut kata pengantin baru itu, mereka mendapat kebenaran daripada hakim untuk bernikah).

Macam2 cerita berlaku masa kursus tersebut dan kepada pasangan daripada daerah Batang Padang terutama drpd Bidor, Tapah, Sungkai dan Kampar yang berminat utk menghadiri kursus kawen boleh hadir ke Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Tapah, Jalan Raja 35000 Tapah, Perak. Atau boleh hubungi bahagian kursus kawen di talian 05 401 1006 atau 05 401 4858 (am). Yuran kursus sebanyak 80 hengget (kalo tak silap la..)

  

No comments:

Post a Comment