Tuesday, September 24, 2013

Tolong jangan lalai hoi...

Alkisah.

Kejadian petang semalam..
(errr petang ke..? Sebab kami kt labuan ne dah maghrib time tuh. Huhu...)

Macam biasa aq siapkan makan malam kat dapur.

Haraz dengan abah dia dok maen dalam bilik.

Tentibe matran datang nak amek barang. Jadi laki aq kuar pegi sembang dengan dia kat depan rumah.

Haraz dok follow abah dia sampai depan tibi. Dok golek golek kat sofa sambil tengok kartun dia.

Aq dok intai dia dari dapur. Relaks je lah sebab dia dok syok je layan tibi. Aq pun leka sambung masak.

Seminit kemudian aq tengok mulat dia macam mengunyah bende.

Aq tanya dia buat tak tahu je. Ape lagi sepantas kilat pegi korek mulut haraz.

Sekali bawak kuar "bende" yang dia dok kunyah tuh. Macam nak tercabut jantung aq tengok.

Duit syiling doploh sen!!!!!

Ahoi.... mana kamu dapat neh anak oi..

Kat tangan dia pulak ade duit syiling lima puluh sen bersedia untuk dikunyah jugak.

Huh.. jam tuh jugak rasa macam nak pengsan. Terbayang lah macam macam yang tak boleh nak disebutkan di sini.

Peringatan untuk diri sendiri. Jangan lah lalai tengok anak. Sebab sedetik je boleh bawak kepada kejadian yang tidak diingini.

Tapi satu je aq nak pesan. Kalo nak marah atau nasihat anak. Tolong lah jangan kuarkan perkataan yang tak elok atau negatif. Sebab kata kata ibu bapa adalah doa.

Macam semalam aq cume bagitau kat haraz yang duit syiling tuh bukan makanan. Lebih kurang macam neh la ayat dia :

Ibu : Haraz, ini bukan makanan tau. Haraz tak boleh main atau kunyah duit neh lagi. Bahaya sangat sangat. Duit ini gunanye untuk kite beli barang. Nanti ibu simpan dalam tabung haraz ye. Kalo dah banyak nanti kite pegi beli emas kat abah yep. Huhu..

Walaupun dia terkebil kebil tengok aq tapi aq tao dia paham. Aq tak nak cakap lebih lebih sebab apa tak boleh kunyah ke hapa ke sebab aq tak nak kata kata tu jadi doa kat dia pulak.

Ehem.. ehem.. nak iklan sikit.

Laki aq adalah pengedar sah bagi GCP gold jewellery. Kalo ade sape nak beli emas murah murah boleh contact beliau Az Sudin ID GCP: AD4443 017.574.9334.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. airiss pun pernah tertelan 5 sen .. dier mmg bukan jenis letak dalam mulut .. tp hari tue di baring main pusing2 duit guna tangan .. sekali duit tue terlepas terus masuk mulut n tertelan .. YA Allah tuhan jek tahu perasaan time tu mmg rasa careless giler .. die nanges jap eyma tepuk2 ..lepas tue terus melompat2 ..kompius kejap ema .Semoga Allah swt elakkan dr pekara2 yang x sepatutnya .. Amin

    ReplyDelete