Tuesday, September 24, 2013

Subsidi gula nak dikurangkan..?

Alkisah.

Pagi semalam kan Monday Blues. Makanya aq pun layan blues sampai lupe nak post entri neh.

Besenye kalo pepagi isnin kalo laki aq hantor pegi keje! Memang memasing membisu dalam keta. Layan blues kate kau.

Tentibe dengar berita kat radio Labuan FM yang subsidi gula akan dikurangkan. Ini adalah bertujuan supaya rakyat malaysia tidak mengambil gula berlebihan justeru menyekat dari pertambahan bilangan pesakit diabetis.

Dah ape ke hal nye pulak gula dengan penyakit diabetis neh..

Sementara aq dok berpikir tu, laki aq sound setepek je. Tapi dek kerana aq je yang ade dalam keta maka terasa lah jugak.

Laki aq cakap takde kaitannye subsidi gula tuh dengan diabetis. Itu semua sikap aka attitude!! Mahal macam mana pun gula tetap orang akan beli. Diabetis tu berpunca dari sikap individu terhadap pemakanan dan penjagaan kesihatan diri sendiri. Orang kelantan pun suka makanan manis tapi depa jarang kene penyakit.

Yep.. betoi gak cakap laki aq. Pasni kalo gula mahal, mesti barang makanan lain pun naik harga dan jadi mahal. Nak tak nak orang tetap akan beli dan beli bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Aduyai.. aq kene jadi akauntan yang lebih berhemah lagi pasni sebab barang runcit kompom menjadi bertambah "munasabah" harga dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment