Thursday, July 14, 2011

Review : The Couple Shooters

Alkisah tentang sepasang suami isteri yang menjadi OP saya sepanjang majlis bersejarah bagi saya dan Bie.




Bermula dengan pelbagai aktiviti mencari quotation dan portfolio ttg photographer seantero malaysia bg mendapatkan khidmat yang paling sesuai dengan keperluan (lebih kepada kehendak sebenarnya) dan kesesuaian bajet yang diluluskan oleh encik Bie. Pernah saya survey quotation drpd satu nama OP terkemuka dan apabila diusulkan kepada kakcik, namun beliau membantah sekeras-kerasnya. Bajet yang mampu milik (setelah ditambah dengan bajet saya) kakcik menolak atas sebab nama tersebut terlalu besar dan tidak sesuai untuk majlis kawen saya yang dibuat di kawasan kampung. Mengelakkan daripada menjadi perbualan mulut orang pada masa akan datang, ringkas beliau menolak dgn memberikan alasan munasabah utk menjaga hati kakaknya. sigh~~ xpe la. proses pencarian bermula semula hingga saya terpegun pada gambar ini.




dan juga ini..




dan ini juga..




okiez, selebihnya boleh tengok kt eijatPixtures ye.


Waktu itu naluri hati saya mengatakan saya mesti dapatkan khidmat beliau walaupun terpaksa menukar tarikh perkahwinan, hehe.. macam berani je..


Setelah quotation diterima maka bermula lah proses pujuk memujuk. So, selepas beberapa kali meyakinkan bie tentang The Couple Shooters maka pujukan saya pun berhasil. Walau bagaimanapun, saya dan kakcik membuat temujanji dengan incik Izad bagi melihat portfolio beliau. Ini tips utk B2B kt luar sana supaya anda tidak kecewa dengan OP yang bakal anda bekerjasama nanti.


Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan kerjasama antara saya dan OP, The Couple Shooters. Walaupun pada mulanya, bile saya tgk pic newly weds yg laen banyak scene atau pun aksi  outdoor yg tidak saya lakukan, saya sedar mereka tahu ape sebenarnya yg saya mahu.. Kebanyakkan gambar adalah berkisar tentang kami berdua.. Kamera hanya difokuskan kepada kami berdua. YA, hanya kami berdua.. Tiada sesi outdoor pada majlis saya (yang mana saya sendiri yang tidak mahu melakukannya atas sebab menghormati tetamu dan tidak mahu meninggalkan majlis saya). Sesi outdoor hanya dibuat pada majlis di sebelah bie.


Tiada sesi pemandangan sawah..


Tiada sesi tepi jeti..


Tiada sesi bersiar-siar di taman..


Yang ada hanya kami berdua, dalam 2 persalinan berwarna dusty pink dan gold. Kami tak kisah, kerana mmg itu yang kami mahu.. Kami tak perlukan permandangan yg jauh sayup mata memandang, air yang tenang untuk bersantai ditepi jeti dan pokok-pokok yang hijau dan nyaman. 


Saya sangat berterima kasih kepada incik Izad dan puan Adilla kerana sudi menjadi OP saya. Mereka tahu apa yang saya dan bie mahukan walaupun kami tak pernah nyatakan semasa sesi tersebut. Tambahan pula apabila abah, kakcik dan rakan-rakan mengagumi sikap profesional mereka. Ade sesetangah OP yang mengambil kesempatan atas kebaikan pengantin, insyaAllah yg mana saya akan kongsikan pengalaman saya dalam post yang akan dtg.  


Setiap OP ade identiti masing-masing. Bg TCS pula, sy suke dengan tagpicture mereka dan paling penting utk majlis kami incik OP tidak lupe utk menyelitkan pic tersebut.


Tagpicture TCS


Versi AdeinLuvHazrin

Sesi outdoor saya yang sepatutnya diadakan di Gunung Lang, Ipoh, Perak terpaksa ditukar ke Stesen Keretapi Lama kerana faktor-faktor hujan yang sangat lebat.**sape swuh kawen masa musim hujan, hehe..=) Terpaksa tebalkan muka kerana org sangat ramai pada waktu itu..


Kepada B2B drpd Perlis, Kedah, Penang dan Perak bolehlah dapatkan sentuhan karya agung mereka berdua kerana anda pasti akan berpuas hati.. Sebarang pertanyaan tentang quotation boleh dpatkan drpd incik Izad atau puan Adilla seperti berikut :-






***Adein cakap tak sabar tggu hasil penuh daripada The Couple Shooters..

No comments:

Post a Comment