Thursday, July 14, 2011

Insiden Duit Seringgit..

Kenangan yang akan menjadi ingatan kami berdua sepanjang hayat yang mana kerana insiden ini kami sah menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz.

Majlis akad nikah kami berlangsung pada hari Jumaat, 25 Jamadil Awal 1432. Atas nasihat naib qadi, akad nikah tersebut berlangsung di rumah. Lebih afdhal, supaya masjid yang bakal didirikan ini bertambah keberkatannya. Naib Qadi pun da maklumkan, saksi-saksi pun da booking maka berjanjila saya dgn pihak rombongan bie bahawa majlis tersebut akan dibuat lepas solat isya'. Alhamdulillah, proses memohon kebenaran bernikah tersebut tidak mengalami sebarang kesukaran, memandangkan naib qadi dengan sukarela menawarkan diri untuk membawa borang tersebut ke Pejabat Agama Islam Tapah. (tolak tepi kisah bie yg merajuk dengan saya sebab simpan borang tersebut dalam laci untuk satu jangka masa yg sgt panjang, hehe..)

Pejam celik-pejam celik, dah sampai hari yang dijanjikan. Perancangan asal untuk majlis akad nikah ini saya hanya akan mengoles sedikt saje bedak dan lipstik memandangkan kami akan bersolat sunat bersama selepas ijab qabul, tetapi last minute planning berubah. Adeq mencadangkan saya mengambil jurumekap utk menaikkan seri pada malam itu. Entah mengapa, saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Tiba hari yang dijanjikan, saya terlambat sedikit untuk memulakan sesi mekap tersebut dan sewaktu rombongan bie sampai saya sedang mengenakan veil di cermin. Waktu itu barulah saya perasan yg mekap saya tersangatlah heavy, tidak sesuai utk majlis akad nikah. Tambah pula dengan acara solat sunat berdua yg bakal kami buat sebentar nanti. Mengenangkan masa dah terlalu suntuk dan ketukan pintu yg bertalu2 dr luar memaksa saya untuk keluar bg memulakan majlis tersebut, saya pendamkan rasa marah pada jurumekap tersebut. Inilah padahnye apabila ambil jurumekap tanpa sesi "test make-up". 

Apabila saya keluar dan duduk di atas bantal nikah, boleh lihat muke terkejut bie dgn abah. Waktu itu, hanya Allah saje yg tahu perasaan saya. Malu yang tak terhingga tp nk buat macam mana. Terpaksa hadapi juga la. sigh ~~

Debaran bermula tatkala bie menggengam tangan naib qadi, waktu itu seluruh tubuh bagai enggan menerima arahan drpd si otak supaya bertenang dan relax.. mujurlah kakcik sudi meminjamkan tangannya utk diramas tanda memberi sokongan pada saya. Tambah berdebar apabila bie melafazkan "Aku terima nikahnya dengan mas kawen ........... seringit, TUNAI!!" saksi pertama, SAH!! saksi kedua, "cuba ulang sekali lagi, Satu Ringgit ye pengantin.." Aduh~~ rupanye kene sebut satu ringgit, sbb seringgit tuh tak berapa jelas.

Saya lemparkan senyuman tanda beri semangat kepada bie supaya beliau relax dan boleh melalui tahap itu. Alhamdullillah, pada lafaz bie yang kedua, saksi-saksi mengatakan SAH!!..

Dengan itu, sah la saya bergelar isteri kepada bie. Mudah-mudahan bahtera kami akan berlayar hingga ke syurga nanti.. Ameen.. Sedikit perkongsian gambar majlis tersebut..

Sebelum akad nikah

Semasa akad nikah

Selepas akad nikah

Wajah-wajah ceria bie 

“Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan”.

1 comment:

  1. Ya Allah..indahnya.. :)

    moga saya juga dapat rasai nikmat sebegitu..amin..

    ReplyDelete