Alkisah.
24 Julai, ulang tahun kelahiran Muqri Harraz bin Muhammad Hazrinnuddin.
Dah setahun rupanya anak ibu neh. Segala sakit dan kenangan pahit sebelum semasa dan selepas mengandungkan serta melahirkan kamu ibu dah lupa dek kerana melihat wajah kamu dan keletah yang tak sudah sudah menghiburkan ibu dan abah.
Walaupun terkadang ada masanye ibu geram dan sedih bila mana kamu kurang "menurut perintah" tapi semua itu hilang tatkala kamu buat wajah comel mengambil hati.
Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama buatmu harraz.
Semoga ALLAH sentiasa selamatkan dan lindungi kamu di dunia dan akhirat.
Jadilah anak yang soleh. Taat kepada Allah, Rasul dan ibu abah.
Ibu sayang kamu dunia akhirat.
waaa, dah ckup setahun dia.. selamat hari lahir harraz cyng.. :)
ReplyDeletejadi anak yang baik buat ibu & ayah ye..