Friday, January 18, 2013

Masa untuk Solid Food ker..?

Alkisah.

Since mama irfan wat senarai semak, ibu pun nk semak gak la si haraz neh da boleh accept ke tak solid food. Mmg cdg nk bagi haraz makan weekend neh. Minggu lepas ble ambik haraz balik dr uma pengasuh, susunya masih berbaki. Botol no. 6 masih sejuk dalam cooler bag tuh. Pastu malam2 asyik nk mengempeng je, mcm tak puas susu. Adakah petanda yg Haraz da bersedia? Meh kite check juga, tp neh versi melayu la. Ai tak pandai omputih mcm teacher yuni. Copy paste dari blog retis labuan, Puan Yongnana. Mohon ijin ye mengkopiteh. huhu..

Tanda-tanda baby da ready utk solid food.

1. Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan.
Maksudnya kalau kita letak baby dalam bumbo seat atau baby boleh duduk tegak atas pangkuan kita tu kira okey dah la tu. Bukan apa, bagi baby makan dalam keadaan baring adalah tidak digalakkan. Takut baby tersedak atau tercekik. Jadi suap baby dalam keadaan baby duduk tegak supaya makanan lebih mudah ditelan.
Haraz kalo dok atas riba mest nk tegak. Jgn harap la nk bersandar bagai. Eksen mengalahkan org besau. tambah g kalo tgk cite upin ipin. CHECKED!

2. Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.
Contoh: Masa lahir berat baby 3kg. By the time kita nak bagi dia makan, berat baby tu mesti at least 6 kg baru dikatakan baby dah ready for solid food.
Masa umo haraz 3bulan je dia da 7kg, lahir 3.2kg. Skang neh 5bulan dia da 9.2kg. Udah terlebih bebeno. CHECKED!

3. Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
Ini biasa berlaku. Time mama abahnya makan, dia pun sama berselera nak makan. Padahal gigi satu milimeter pun tak tumbuh lagi. Haha.
Kalo kami makan da takleh tgglkan dia baring sorg2. Mesti nanges minta simpati. Kalo tgk kami makan, dia yg teruja lebih. Tambah lagi kalo tgk abahnye makn eskrem. CHECKED!

4. Baby dah pandai mengawal lidah mereka.
Part ni maksudnya gini. Baby umur 6 bulan ke bawah biasanya suka main jelir-jelir lidah macam nak menghisap sesuatu. Kalau baby dah mula mengurangkan kekerapan menjelir-jelir lidah tu, maknanya dia dah pandai control lidah sendiri. Kira dah boleh perkenalkan makanan kat dia. Kalau baby masih suka keluar-keluarkan lidah dia then kita dah bagi dia makan, itu yang jadi kes kononnya baby tolak makanan lah, luah balik apa yang dia makan lah semua. Sebenarnya mungkin baby tu belum pandai control lidah dia.
Peel terbaru haraz, ble tgh menyusu je mest akan berhenti sekejap pastu acap2 lidahnye, konon2 mcm tgh kunyah makan la. Mule2 pelik gak tgk dia buat camtu tp ble da slalo sgt tak kesah da. haraz mmg suke berlagak macam dia da dewasa sgt. CHECKED!

5. Boleh megawal kepala dan tengkuk.
Maksudnya kat sini tengkuk baby tu dah keras, dah stabil untuk mengawal kepalanya sendiri. Janganlah tengkuk baby lembik lagi kita dah sua makanan kat baby. Not good not good.
Yang neh pun haraz da pandai wat. CHECKED!

6. Cepat lapar.
Baby memang makin besar makin kuat menyusu. Kalau kita perhatikan kekerapan baby menyusu makin kerap, dah tu setiap kali menyusu tak reti nak sikit-sikit..hah silalah ready untuk bagi anak makan. Tak cukup susu dah lah tu. Dia nak makanan tambahan lain.
Makin kuat menyusu skang tp memilih. Kt uma mama pengasuh 1botol tak abiz tp kat uma asyik nk mengempeng je 24jam. Sampai ibu tak boleh nk wat keje tp yang paling haru ble tengah malam, 15minit skali bangun nk susu. Tak tdo ibu dibuatnye. Esoknye ibu pg keje dgn mata lebam. CHECKED!!!!

Seelok-eloknya tunggu hingga baby cecah 6 bulan atau semua tanda baby ready ready for food ni ada pada diri anak masing-masing then barulah bagi baby tu makan.
 
Yea.. Yea.. da boleh bg haraz makan.. tak sabarnye tp menu ape nk bg kt haraz yep..? kene study balik neh. macam nk exam plak.

No comments:

Post a Comment