Friday, November 9, 2012

Alahan semasa hamil

Alkisah.

Sangat bersyukur kerana sepanjang tempoh hamil ini saya tidak mengalami masalah alah dgn husband. Kalo tidak tentu payah sebabnya hanya kami berdua je dok di pulau panggang jauh ke tengah ne. Antara perkara yang saya alami masa mengandung selama 39 minggu ialah :-

1. Sebelum pindah ke Labuan(minggu ke-8), sangatlah berlagak hokeih kononnye tak mengalami morning sickness. Sebaik mula bertugas di Labuan (minggu ke-9 onwards) saya alami morning sickness yg sgt terok. Bangun pagi je muntah samapi lembik badan. Seminggu mesti ade sehari MC. Padan muka.

2. Sangatlah alah dengan ayam. Pantang nampak lauk ayam sebagai juadah, mesti rasa sangat loya tp masih boleh control lagi la. Takde la sampai muntah depan org. 

3. Hanya boleh makan makanan yang dimasak sendiri. Suami masak pun tak lalu nk makan. Ada 1 hari tuh incik suami masak lauk punya la sedap dan bersungguh2, ikan masak gulai lemak kot dengan 2 jenis lauk lg konon nk bagi saya dan baby makan la. Alih2 dia makan sorang2 sebab saya tak lalu nk makan. Alkisahnya saya makan nasi goreng telur je hari itu. Sampai sekarang incik suami taknak masakkan utk saya dan isu ne yg akan dibangkitkan kalo saya minta dia masakkan nasi lauk kt saya. Punya la lama dia punya merajok.

4. Tersangatlah mengetik2 nk mandi sungai@laut. Org lain teringin nk makan macam2 tp saya teringin nk mandi-manda. Harap2 air liur anak tak meleleh la nanti sebabnya sampai sudah tak dapat nk pg bermandi manda. Org ckp pompuan mengandung tak leh masuk hutan. haih..

5. Makan makanan yang terpernah saya sentuh macam petai, tempoyak durian, ikan sungai dan macam2 lagi. Pulak tuh makan macam takde esok. Ade sekali tuh saya makan nasi lauk petai cicah sambal tempoyak sampai 5 pinggan. Nasib pinggan tuh takleh ditelan skali. Kalo tidak, entah la.

Bersyukur sangat takde teringin @ mengidam makanan yang bukan2. Sebenarnya awal2 pregnant lagi dah pesan sama baby. "Anak ibu sayang, kte dok kt Labuan neh. Tak de la mewah2 macam kt semenanjung. Anak ibu jgn demand2 okiez? Esok kalo baby da kuar ibu bawak jalan2 cari makan puas2 okiez..?" huhu..

No comments:

Post a Comment