Alkisah.
Semasa saya disolekkan oleh mak andam, saya diterjahkan dengan soalan cepumas. "Mana kenal husband? Sama-sama tempat study ye? Berapa lama dah bercinta..?" dengan nada bergurau saya jawab, "Kami kenal kejap je, tp mak pilih dia untuk jadi husband saya. hehe". Namun dialog seterusnye buat saya berpikir panjang selepas itu.
Mak andam: Masa buat keputusan nak kawen, kamu ade buat solat istikharah tak?
Saya : Eh, kene buat ke kak?
Mak Andam : Lebih afdal kalo kite buat, walaupun kite dah kenal lama dan bercinta bagai nak rak dengan bakal husband kite. Nak bina 'masjid' ne kan ke perkara mulia. Apa salahnya kalau kita minta petunjuk dari ALLAH.
Saya : Hurmm, saya penah buat solat istikharah tp dah lama la. Bukan masa nk kawen ne.
Mak Andam : Nampak ke husband kamu dalam mimpi tu?
Saya : Tah la, tak dapat mimpi ape pun. Masa tuh belum kenal dgn husband lagi.
Mak Andam : Kadang2 petunjuk Allah ne dtg dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya kita buat solat tu kita mimpi je, mungkin Allah gerakkan hati kita. Dalam kes kamu neh, mungkin Allah bagi petunjuk pada mak ayah kamu. Insya Allah, husband kamu ne jodoh yang terbaik untuk kamu.
Masa nak kawen tempoh hari saya memang tak teringat nak buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah. Seingat saya pernah buat solat istikharah dah lama, tahun-tahun sebelum saya dipertemukan dengan husband. Waktu itu saya baru mula bekerja tp dah terpikir nak kawen. Ye la, saya kan da dapat kerja tetap kononnye da boleh la gatal nk kawen. hehe.. Saya buat solat istikharah selama 3 malam berturut-turut dengan harapan saya akan mimpi dan kawen dengan cik abang saya. Ceh, cerita macam senang je keje nikah kawen neh. Tp selepas 3 malam berturut-turut tuh, saya tidak mengalami apa-apa mimpi atau instint yg kuat terhadap 'teman tapi mesra' saya ketika itu. Oleh itu, saya buat solat hajat selama 44 waktu agar Allah kurniakan saya jodoh yang baik (sebenarnya doa agar saya cepat dijodohkan dgn 'teman tp mesra' itu) hehe..
Selepas itu saya agak sibuk dengan urusan kerja dan famili hingga ke satu tempoh yang agak lama dan saya pun hampir lupa akan kisah itu. Sehingga la saat dimana pertanyaan mak andam tersebut membuatkan saya teringat kembali. Seingat saya, di antara kenalan lelaki, mak buat keputusan utk pilih husband. Yang mana pada satu hari secara tiba-tiba mak suarakan agar husband datang meminang. Maka kami pun bertunang dan melangsungkan perkahwinan. Semuanye berlaku dengan pantas dan alhamdulillah tanpa ada masalah.
Mungkin Allah lambat makbulkan doa saya kerana sudah tertulis di Loh Mahfuz akan jodoh saya dengan husband. Mungkin juga benar kata mak andam, Allah tak turunkan petunjuk pada saya tetapi melalui mak ayah saya. Semuanya kun fayakun. Kite sebagai hamba-NYA tidak mampu mengubah ikut kemahuan kita. Terima kasih Allah kerana kurniakan dia untuk menjadi suami dan teman hidup diri ini. Syukur Alhamdulillah.
Insya Allah, saya akan coretkan detik perkenalan antara saya dan husband dalam post akan dtg.

sumber dari google

No comments:
Post a Comment