Monday, September 30, 2013

Habis gas

Alkisah.

Semalam tengah syiok memasak tetibe kehabisan gas daa...

Nasib lah masa kawen dulu adik aq bagi hadiah periuk elektrik yang macam kat kedai steambot. Berguna jugak lah time kecemasan macam ne.

Sup yang aq masak tu tinggal tunggu nak mendidih je lagi selamat diterjunkan ke dalam periuk elektrik dan selamat menjadi juadah tengahari aq semalam.

Petang tu tunggu laki aq balik duty dari kapal maka pegi lah kami laki bini membeli gas sambil bawak haraz yang bosan dok rumah jenjalan.

Jenuh pusing satu labuan cari gas masak, semua kedai cakap HABIS. Ade pulak satu kedai neh cakap suruh aq datang beli esok sebab lori gas jalan (hantar gas ke labuan) hari isnin.

Dah ko suruh aq beli esok, maka malam ne aq tak payah masak ke..?

Aduyai.. ne yang payah kalo dok pulau neh. Pembekal aka penjual is the BOS. Pembeli kene dengar cakap atau dalam erti kata lain lagi ialah ko pasrah je lah. Kalo ko tak suke cari alternatif lain. Tu belum kira harga barang yang melambung lambung naik kalah si mael lambung.

Sabar je lah, dah aq yang pilih nak ikot laki aq dok kat sini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, September 29, 2013

Hobi baru..

Alkisah.

Tak tahu dah aq nak kate ape dengan anak bujang aq yang sorang neh.

Sekarang dia dah dapat perangai baru.

Pegi baring kat lantai dapur.

Dia jalan kedek kedek bawak mainan atau tupperware aq. Pastu dok cantik landing kat lantai dapur sambil kaki tangan gesek gesek kat simen.

Aq hangin je memula tuh tapi bile dah banyak kali dia wat camtu aq malas dah nak tegah. Sama ada aq angkat dia bawak pegi bilik atau amek gambar dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 28, 2013

Dapat Hadiah Basikal


Alkisah.

Baru berkesempatan menunaikan janji nak bagi hadiah besday pada haraz.

Masa besday dia bulan Julai hari tuh aq bizi (laahhh sangaaattt). Almaklumlah, nak balik kampung cuti raya (tiga minggu pulak tuh).

Maka tadi ajak lah laki aq pegi kedai cari basikal. Dapat lah beli within bajet.

Gambo yang aq amek tu adalah setengah jam yang pertama dia tengok basikal.

Sekarang neh.. pandang pun tidak basikal tuh.

Aduyai la anak. Kopak gaji ibu beli tapi awak wat macam tu pulak. Ibu jual kat besi buruk nanti. Huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, September 25, 2013

Universal SeriesTM Knife

Alkisah.

Universal SeriesTM Knife.
1/U-series Paring Knife
2/U-series Utility Knife
3/U-series Filleting Knife
4/U-series Chef Knife
Gift Box

Retail Price RM420.00
NOW RM307.50
Save up to 25%

Limited release.. Only at Borneo Tupperware BCO..

Tak jual kat BCO Semenanjung Malaysia.

Nak harga murah lagi..?
Emel/pm/sms/wassap laju laju kat 012.550.8840 atau mieynz[at]gmail.com.

Valid until 30 September 2013.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 24, 2013

Subsidi gula nak dikurangkan..?

Alkisah.

Pagi semalam kan Monday Blues. Makanya aq pun layan blues sampai lupe nak post entri neh.

Besenye kalo pepagi isnin kalo laki aq hantor pegi keje! Memang memasing membisu dalam keta. Layan blues kate kau.

Tentibe dengar berita kat radio Labuan FM yang subsidi gula akan dikurangkan. Ini adalah bertujuan supaya rakyat malaysia tidak mengambil gula berlebihan justeru menyekat dari pertambahan bilangan pesakit diabetis.

Dah ape ke hal nye pulak gula dengan penyakit diabetis neh..

Sementara aq dok berpikir tu, laki aq sound setepek je. Tapi dek kerana aq je yang ade dalam keta maka terasa lah jugak.

Laki aq cakap takde kaitannye subsidi gula tuh dengan diabetis. Itu semua sikap aka attitude!! Mahal macam mana pun gula tetap orang akan beli. Diabetis tu berpunca dari sikap individu terhadap pemakanan dan penjagaan kesihatan diri sendiri. Orang kelantan pun suka makanan manis tapi depa jarang kene penyakit.

Yep.. betoi gak cakap laki aq. Pasni kalo gula mahal, mesti barang makanan lain pun naik harga dan jadi mahal. Nak tak nak orang tetap akan beli dan beli bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Aduyai.. aq kene jadi akauntan yang lebih berhemah lagi pasni sebab barang runcit kompom menjadi bertambah "munasabah" harga dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tolong jangan lalai hoi...

Alkisah.

Kejadian petang semalam..
(errr petang ke..? Sebab kami kt labuan ne dah maghrib time tuh. Huhu...)

Macam biasa aq siapkan makan malam kat dapur.

Haraz dengan abah dia dok maen dalam bilik.

Tentibe matran datang nak amek barang. Jadi laki aq kuar pegi sembang dengan dia kat depan rumah.

Haraz dok follow abah dia sampai depan tibi. Dok golek golek kat sofa sambil tengok kartun dia.

Aq dok intai dia dari dapur. Relaks je lah sebab dia dok syok je layan tibi. Aq pun leka sambung masak.

Seminit kemudian aq tengok mulat dia macam mengunyah bende.

Aq tanya dia buat tak tahu je. Ape lagi sepantas kilat pegi korek mulut haraz.

Sekali bawak kuar "bende" yang dia dok kunyah tuh. Macam nak tercabut jantung aq tengok.

Duit syiling doploh sen!!!!!

Ahoi.... mana kamu dapat neh anak oi..

Kat tangan dia pulak ade duit syiling lima puluh sen bersedia untuk dikunyah jugak.

Huh.. jam tuh jugak rasa macam nak pengsan. Terbayang lah macam macam yang tak boleh nak disebutkan di sini.

Peringatan untuk diri sendiri. Jangan lah lalai tengok anak. Sebab sedetik je boleh bawak kepada kejadian yang tidak diingini.

Tapi satu je aq nak pesan. Kalo nak marah atau nasihat anak. Tolong lah jangan kuarkan perkataan yang tak elok atau negatif. Sebab kata kata ibu bapa adalah doa.

Macam semalam aq cume bagitau kat haraz yang duit syiling tuh bukan makanan. Lebih kurang macam neh la ayat dia :

Ibu : Haraz, ini bukan makanan tau. Haraz tak boleh main atau kunyah duit neh lagi. Bahaya sangat sangat. Duit ini gunanye untuk kite beli barang. Nanti ibu simpan dalam tabung haraz ye. Kalo dah banyak nanti kite pegi beli emas kat abah yep. Huhu..

Walaupun dia terkebil kebil tengok aq tapi aq tao dia paham. Aq tak nak cakap lebih lebih sebab apa tak boleh kunyah ke hapa ke sebab aq tak nak kata kata tu jadi doa kat dia pulak.

Ehem.. ehem.. nak iklan sikit.

Laki aq adalah pengedar sah bagi GCP gold jewellery. Kalo ade sape nak beli emas murah murah boleh contact beliau Az Sudin ID GCP: AD4443 017.574.9334.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 21, 2013

Mood ke laut.

Alkisah.

Patutnye planning untuk weekend ne adalah mengemas, mengemas dan mengemas.

Kene kemas rumah selepas ditinggalkan macam tongkang pecah masa pegi bawak famili cuti cuti malaysia kt kundasang last week.

Tapi haraz kene selsema dan batuk pulak.

Merengek lah sikit sebab tak sedap badan.

Maka mood nk mengemas rumah pun ke laut lah.

Nak memerap pun dia tak selesa sebab aq makan ubat selsema dengan batuk. Mungkin susu badan rasa lain.

Terpaksa lah bancuh susu formula kat dia. Dapat sebotol terus lena.

Sian anak ibu. Ngantok sangat dah rupanye.

Bile haraz dah tido, tak de rasa nak start mengemas lah pulak.

Rasa nak dok tepi dia, tengok dia tido je.

Duhai mood yang malas.. pegi lah jejauh..

Aq nak kemas rumah neh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, September 20, 2013

Air takde lagi..

Alkisah.

Aq bangun jam 2 pagi tadi nak minum air.

Sekali buka paip sinki. Aduyai aliran airnye slow sesangat.

Kompom esok pagi takdak air neh.

Nasib kat toilet ade air tangki. Kalo tak jadi sejarah pulak ade yang pergi opis tak mandi.

Tapi yang peliknye air tangki umah yongnana cepat pulak abis airnye. Mesti ade something wrong dengan tangki rumah dia.

Harap balik keje kang ade lah air dah. Jangan jadi macam hari tuh. Dekat seminggu labuan tak dak air.

Nasib masa tuh aq kursus tiga minggu kat key el.

Kalo berterusan jugak takdak air. Nampaknye laki aq kene angkut air dari laut lah. Macam yang sebelum neh.

Nak harap lori air tuh..? Duyai... Yang datangnye lori kecik nak supply untuk satu taman mutiara..? Haruslah tak cukup.

Ape daa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berebut makan dengan haraz.

Alkisah.

Ade satu hari tu, kakak kat opis datang bawak kek batik. Aq tak sempat makan maka tapau lah bawak balik.

Sampai kt umah lepas amek haraz kat umah pengasuh, duduk lepak depan tibi sambil buka bekal kek batik tadi.

Haraz memang pantang dengar kite buka bekal makan. Dia mula datang dekat pastu mengendeng ngendeng.

Aq bagi secubit, cecepat dia telan kek tu pastu nganga lagi. Dekat doploh ketul kek batik tu dia makan seorang.

Yang ketul kek yang last tu aq makan lah sebab nk merasa. Teringin sangat. Kome tau dia buat ape..?

Dia korek kek batik tu dari dalam mulut aku. Punye lah perangai. Duyai anak.. ikot perangai sape lah neh yep.

Tu mulut comot comot tuh dok makan eskrem magnum. Abah dia punye dekat sebatang dia mengendeng. Pastu datang dekat aq pulop. Nok hok aq punye la tuh. Bile aq tak bagi meraung macam hape.

Maap lah ye anak. Banyak dah kamu makan eskrem. Cecukup lah dulu. Bulan depan lah kalo nak lagi pun. Huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10